Elak tertipu! Fahami dan kenal pasti terlebih dulu penipuan pelaburan

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Hampir sejuta rakyat Malaysia terjebak dalam skim-skim penipuan pelaburan yang menimbulkan kerugian berjumlah RM3.8 bilion. Menurut laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), populariti skim-skim seperti emas, mata wang digital, saham, dan perniagaan turut menyumbang kepada situasi ini.

Berita mengenai kisah orang ramai yang menjadi mangsa ‘scammers’ menjadi perhatian di pelbagai lapisan masyarakat. Keadaan ini mengejutkan tanpa mengira usia, jantina, lokasi kediaman, atau tahap pendidikan.

Faktor utama yang menyebabkan kejadian ini adalah sikap tamak manusia yang ingin kehidupan yang senang tanpa usaha. Janji-janji manis seperti ‘labur sekali, dapat duit setiap bulan’ sering menjadi daya tarikan yang sukar ditolak.

Elak tertipu! Fahami dan kenal pasti terlebih dulu penipuan pelaburan
Elak tertipu! Fahami dan kenal pasti terlebih dulu penipuan pelaburan

Oleh itu, apakah langkah yang patut dilakukan bagi mengenal pasti skim-skim penipuan menggunakan imej pelaburan?

1. Menerima deposit tanpa lesen

Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), tindakan menerima deposit tanpa lesen yang diberikan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan / Akta Perkhidmatan Kewangan Islam adalah dilarang.

Semak syarikat tersebut sama ada terdapat lesen yang sah dar Bank Negara Malaysia atau tidak. Lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau lesen Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera daripada Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) tidak mengeluarkan jenis lesen ini.

2. Menjanjikan keuntungan besar

Jika dibandingkan dengan pulangan dari skim pelaburan yang lebih terkenal seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB). Kita juga boleh membandingkan dengan kadar dividen Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan hibah Tabung Haji (TH), tiada keuntungan besar dijamin.

Kebanyakkannya, menjanjikan pulangan yang sangat tinggi, seperti 10 peratus sebulan atau 50 peratus setahun. Dari segi logik, tawaran tersebut jelas tidak masuk akal.

3. Tiada risiko langsung

Skim penipuan pelaburan kebanyakan menjanjikan bahawa pelaburan mereka tidak melibatkan risiko langsung. Malah, mereka sering berkait rapat dengan keuntungan besar.

Kita sering mendengar istilah ‘High Risk High Return’, bukan? Untuk mendapatkan pulangan yang tinggi, kita perlu mengambil risiko yang tinggi. Jika risiko adalah rendah, pulangannya juga akan rendah.

4. Memiliki pemegang amanah

Pastikan syarikat pelaburan tersebut memiliki pemegang amanah atau trustee. Ini kerana pengarah syarikat tidak boleh mengeluarkan dana daripada akaun yang dipegang oleh pemegang amanah secara sewenang-wenang.

Walau bagaimanapun, jika kita terus ‘bank in’ ke akaun syarikat atau akaun pengarah syarikat, mereka boleh mengeluarkan dana daripada akaun bank pada bila-bila masa tanpa perlu memberikan justifikasi. Ini seolah-olah mereka menggunakan dana tersebut seperti milik peribadi.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu meningkatkan pemahaman dalam perancangan kewangan. Kesedaran mengenai ilmu perancangan kewangan di kalangan rakyat Malaysia masih rendah. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan ilmu daripada sumber yang sahih dan dipercayai.

Baca :

Nak kurangkan tekanan darah? Lakukannya dengan mudah guna bahan yang ada di rumah

Manfaat daun rambutan untuk atasi uban dan hitamkan rambut

“Buka api terus..” – Cara goreng sosej supaya tak kecut, elok kejadiannya!