Elok kejadian! Tips masak suhun elak hancur & kembang

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Suun atau suhun selalu digunakan dalam memasak sup sayur dan masak lemak putih.

Biasanya, selepas dimasak, suun akan mengembang dan menyerap kuah, menyebabkan sisa kuah yang tersisa sedikit.

Untuk mengelakkan suun daripada mengembang dan menyerap kuah, terdapat tips yang boleh digunakan.

Elok kejadian! Tips masak suhun elak hancur & kembang
Elok kejadian! Tips masak suhun elak hancur & kembang

Cara ini dikongsi oleh Fara Herda Razalan.

Korang suka makan sup suhu dan fucuk campur kentang?

Sedap makan panas-panas dengan nasi dan sambal belacan kan.

Tapi kadang-kadang, masalah yang sering berlaku bila memasak suhun adalah suhun kembang sampai serap habis kuah.

Dulu saya juga mengalami masalah ini tetapi saya cuba beberapa tips yang sangat mudah dan berjaya mengatasi masalah tersebut.

– Pastikan anda tidak meletakkan terlalu banyak suhu.

– Sebelum memasak, rendam suhu dan fucuk dalam air terlebih dahulu.

– Tambahkan air lebih dari yang biasa.

Jika sebelum ini anda menggunakan 1 liter, tambahkan menjadi 1.5 liter.

– Masukkan suhu pada akhir proses memasak.

Gaulkan sebentar selama 20 saat.

Kemudian, matikan api dan tutup periuk rapat.

Biarkan suhun masak sendiri dalam periuk.

Bahan-bahan Sup Suhun & fucuk

• 3 ulas bawang merah
• 1 ulas bawang putih
• 1 sudu besar minyak masak
• 1 kiub ikan bilis
• 1 paket tofu lembut (jika suka)
• 1-2 biji kentang – potong kecil
• Air secukupnya
• 1 paket suhun & fucuk (rendam sampai lembut)
• Garam secukupnya

Langkah-langkah membuat:

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris hingga harum.

2. Tuangkan air ke dalam kuali dan masukkan kiub ikan bilis serta potongan kentang.

3. Masak sebentar, kemudian tambahkan fucuk, tofu, dan suhun yang telah direndam bersama dengan garam.

4. Gaulkan semua bahan dengan rata dan biarkan mendidih selama 20 saat.

5. Setelah itu, matikan api dan biarkan sup tersebut terus mendidih dengan sendirinya.

Suhun akan menjadi lembut dan masak dalam sup yang masih panas.

Baca :

Masukkan sesudu bahan ini, barulah ikan sardin tak keluarkan ‘letupan’ minyak

‘Tanya sepatah, jawab sepatah’ – Jawapan gadis ini buat pegawai terkejut, telan air liur

Kopi RM5.74 punya pasal, hukuman dikenakan terhadap pengetua ini amat mengejutkan