Epal cepat lebam ? Cuba tip ini, buah jadi cantik untuk dihidang

Oleh NADIA HARON

Mesti perasan kalau lepas potong buah epal sahaja, tak lama lepas tu mesti ada kesan lebam.

Sedangkan baru sahaja dipotong, terus rasa tak menarik dipandang sedangkan rasanya sedap sahaja.

Rupanya ada cara nak pastikan buah epal, ada empat cara yang anda boleh ikuti.

Petua ini juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.

Ini adalah tip yang dikongsikan Puan Malina melalui blog Teratak Mutiara Kasih.

Epal cepat lebam ? Cuba tip ini, buah jadi cantik untuk dihidang

Tip elak buah epal lebam lepas dipotong
1. Air garam

Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap. Rendam dalam 5 minit macam tu.

Kemudian toskan. Garam tu jangan banyak sangat sebab nanti buah epal akan masin. Agak-agak sahaja la.

2. Madu

Bagi yang risau nak guna garam, takut darah naik maka boleh cuba madu. Caranya pun mudah.

Cuma campurkan dua sudu madu dengan segelas air biasa.

Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit.

Lepas itu, toskan dan dah boleh dihidangkan.

3. Jus lemon

Perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.

4. Pisau tajam dan limau nipis

Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tapi sebelum tu, sapu atau lengserkan pisau tersebut dengan limau nipis.

Kemudian baru potong epal seperti biasa.

Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas.

Baca juga: ‘Aku follow dari tadi…Aku rakam hantaq dekat IPD’ Lelaki cekup isteri kantoi curang dengan anggota Polis