Era pemerintahan PM Perikatan Nasional, kos maintenance kenderaan direkod paling mahal

Oleh GEMILANGDAILY

Era pemerintahan PM Perikatan Nasional, kos maintenance kenderaan direkod paling mahal. Kos penyelenggaraan kereta menteri pada 2020 iaitu ketika era pentadbiran Muhyiddin Yassin direkodkan berjumlah RM672,000, lebih tinggi daripada tahun berikutnya, menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pada 2021, kos penyelenggaraan kenderaan menteri berjumlah RM478,991.50, manakala bagi 2022 sebanyak RM450,690.66.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata, jumlah keseluruhan bagi tempoh 2020 hingga 2022 melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM1.601 juta.

Era pemerintahan PM Perikatan Nasional, kos maintenance kenderaan direkod paling mahal

“Menteri-menteri persekutuan dibekalkan dengan kenderaan rasmi jawatan (KRJ) model Toyota Vellfire 2.5L bermula April 2021 bagi menggantikan Proton Perdana 2.4L yang dihentikan pengeluaran.

“Kerajaan membayar kos pajakan bulanan terdiri daripada kos sewaan serta kos penyelenggaraan dan pembaikan bagi setiap KRJ tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Chong Zhemin (PH-Kampar) yang meminta menteri kewangan menyatakan secara terperinci jumlah kos penyelenggaraan semua kereta menteri dari 2020 hingga 2022.

Muhyiddin membentuk Jemaah Menteri pada 10 Mac 2020 selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 pada 1 Mac 2020.

Jemaah Menteri Muhyiddin dianggotai 32 menteri dan 38 timbalan menteri. Namun, kerajaan campuran diterajui Bersatu itu dibubarkan pada 16 Ogos 2021.

Ismail Sabri Yaakob daripada Umno kemudian dilantik sebagai perdana menteri seterusnya pada 21 Ogos 2021, namun hanya bertahan 11 bulan sebelum Parlimen dibubarkan pada 10 Okt 2022 untuk memberi laluan kepada PRU15.

BACA:

“2 hari lepas doktor kata i mandul”, Lelaki ini pilih sedap, elak bertanggungjawab lepas kekasih hamil 6 bulan

Motosikal paling mahal pernah dilelong RM4 juta, jackpot mat! Ini kisahnya