Floor88 rugi RM2.6 juta, Eric dedah ini semua kerja ‘orang dalam’

Oleh GEMILANGDAILY

Floor88 rugi RM2.6 juta, Eric dedah ini semua kerja ‘orang dalam’.

KUMPULAN Floor88 membuat laporan polis terhadap satu pemilik akaun YouTube atas dakwaan memuat naik filem berjudul Bas Terakhir Malam Raya secara haram di platform berkenaan.

Menurut pengarahnya iaitu Eric, tindakan tidak bertanggungjawab memuat naik karya tersebut secara tidak sah sedangkan filem itu masih ditayangkan di Astro First dipercayai perbuatan orang dalam.

Floor88 rugi RM2.6 juta, Eric dedah ini semua kerja 'orang dalam'

“Kami tidak menolak kemungkinan perbuatan cetak rompak dan memuat naik filem ini dilakukan oleh orang dalam (kumpulan produksi). Ini kerana bahan tayangan secara haram di saluran YouTube itu tidak mempunyai logo Astro First.

“Jika dia mahu ambil daripada siaran Astro First, ia tidak boleh dilakukan. Oleh sebab itu, kami tidak menolak perbuatan terkutuk ini ada melibatkan orang dalam,” katanya.

Eric berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield bersama ahli kumpulan Floor 88 dan pengarah bersama filem Bas Terakhir Malam Raya, Irwan Rauf pada Rabu.

Mengulas lanjut, Eric yang juga ahli kumpulan Floor 88 berkata, pihaknya sebelum ini mengesan beberapa pihak yang memuat naik filem tersebut secara haram di aplikasi Telegram dan TikTok.

V] Tangan ghaib upload filem 'Bas Terakhir Malam Raya' di YouTube, Floor88  buat laporan polis tanggung rugi RM2.6 juta - Sensasi | mStar

Namun begitu katanya, setelah membuat aduan kepada pihak berwajib, filem arahannya di dua saluran media sosial itu berjaya diturunkan.

Menurutnya, perbuatan memuat naik secara haram filem itu sekali lagi berjaya dikesan pada 4 Mei iaitu Hari Wesak di saluran YouTube oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama ‘Jari Hantu’.

Menyedari perbuatan haram itu katanya, satu laporan kepada pihak berwajib telah dibuat, tetapi ia mengambil masa enam hari untuk diturunkan daripada platform tersebut.

Ekoran itu jelasnya, pihak produksi mengalami kerugian hampir RM2.6 juta sepanjang tempoh ditayangkan secara haram.

“Kerugian ini berdasarkan jumlah tontotan sebanyak 168,000 kali oleh pelayar di platform berkenaan. Jika jumlah tontonan itu didarab dengan bayaran langganan sebanyak RM15.90 di Astro First, kami mengalami kerugian bernilai RM2.6 juta,” ujarnya.

Eric berkata, pihaknya sangat berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dengan teliti, seterusnya berjaya menangkap pihak tidak bertanggungjawab tersebut.

Bas Terakhir Malam Raya mula disiarkan di saluran Astro First sejak 21 April lalu dan masih dalam tayangan sehingga ini.

BACA:

“Hairan aku bilik air mak mertua selalu berlendir, bila tanya suami, dia tunduk menahan malu, rupanya ini cerita sebenar”

Jarang dapat job berlakon tapi kekayaan lebih dari RM20 juta? Tak sangka rupanya ini kerja dia