Gara-gara guru ‘ponteng’ sekolah sampai setahun, bekas anak murid nekad saman cikgu sendiri

Oleh GEMILANGDAILY

Gara-gara guru ‘ponteng’ sekolah sampai setahun, bekas anak murid nekad saman cikgu sendiri.

Tidak Masuk Kelas Untuk Mengajar Selama Setahun, Seorang Guru Sekolah Di Sabah Disaman Bekas Pelajar.

Dilaporkan seorang bekas pelajar sebuah sekolah menengah di Kota Belud, Sabah bertindak untuk saman Kerajaan,

Gara-gara guru 'ponteng' sekolah sampai setahun, bekas anak murid nekad saman cikgu sendiri

Menteri Pendidikan, dan enam yang lain kerana gagal mengajar subjek Bahasa Inggeris kepadanya dan rakan sekelasnya tiga tahun lalu.

Difahamkan, pelajar terbabit mendakwa cikgu berkenaan gagal menghadiri kelas untuk mengajar kelas mereka dan menyebabkan ramai daripada mereka gagal subjek tersebut dalam peperiksaan SPM mereka.

Tidak Masuk Kelas Untuk Mengajar Selama Setahun, Seorang Guru Sekolah Di Sabah Disaman Bekas Pelajar
Menjejaskan prospek masa depan mereka

Menurut laporan, Siti Nafirah Siman yang kini berusia 19 tahun, telah menamakan Mohd Jainal Jamrin (seorang guru), Hj Suid Hj Hanapi (atas kapasitinya sebagai Pengetua SMK Taun Gusi), SMK Taun Gusi, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Pengarah Pendidikan Sabah, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Nafirah berkata, defendan pertama, Mohd Jainal Jamrin, ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di kelasnya iaitu Tingkatan 4PD.

Namun, cikgu terbabit berhenti memasuki kelas mereka dan tidak hadir hampir sepanang tahun. Menurutnya, pada sekitar Februari 2015, cikgu itu berhenti memasuki kelas mereka serta kelas lain untuk kelas Bahasa Inggeris yang ditugaskan kepadanya.

Guru terbabit gagal memasuki kelas mereka sepanjang tahun sehingga bulan November 2015, kecuali untuk seminggu pada bulan Oktober 2015.

Pihak sekolah gagal menangani isu ketidakhadiran guru terbabit

Pada 30 Mac 2015, pihak berkuasa sekolah telah dimaklumkan bahawa guru Bahasa Inggeris tidak hadir ke kelas mereka semasa waktu pengajaran yang ditetapkan.

Menurut Siti Nafirah lagi, beliau mendakwa pada Julai 2015, selepas menyedari kelas lain diberikan guru Bahasa Inggeris baharu, beliau dan pelajar lain dalam kelasnya meminta seseorang untuk bercakap dengan pentadbir sekolah bagi memberikan mereka guru Bahasa Inggeri baharu. Namun, tiada tindakan diambil oleh pihak sekolah.

Ia juga didakwa ketika pegawai dari Kementerian Pendidikan datang melawat sekolah itu mengenai kes tersebut, mereka enggan berjumpa dengan Siti Nafirah untuk membincangkan kesan ketidakhadiran cikgu terbabit.

Sepanjang tahun, defendan dimaklumkan tentang ketidakhadiran Mohd Jainal, tetapi tiada tindakan diambil terhadapnya. Pihak sekolah gagal memberikan penyelesaian sehingga menyebabkan pelajaran Bahasa Inggeris Siti Nafirah dan rakan sekelasnya terabai sehingga menyebabkan mereka gagal dalam peperiksaan SPM.

Ingin mencari keadilan
Siti Nafirah menyatakan bahawa ketiadaan guru Bahasa Inggeris telah menjejaskan pendidikan beliau dan rakan sekelasnya serta prospek masa depan mereka. Mereka kini mencari keadilan untuk dirinya dan rakan sekelasnya.

Ini juga merupakan kali pertama di Malaysia para pelajar menyaman pihak berkuasa sekolah kerana menafikan hak mereka untuk belajar.

BACA:

Tun M pernah cakap ‘Melayu malas’, tapi betul ke dakwaan Melayu malas dan tak tak bayar cukai? Ini jawapannya

Anak Zainal Abidin dedah punca sebenar penceraian bapanya dengan Fyna Jebat buat ramai nak tahu