Gara – gara marah, lelaki ini bentang sejadah di tengah jalan raya & doa agar polis ‘diazab’

Oleh NADIA HARON

Seorang lelaki di Bima, Sumbawa, berasa tidak puas hati kerana dikenakan denda atas kesilapan trafik.

Tanpa segan silu, beliau kemudian melakukan sujud dan berdoa di tengah jalan raya yang ramai lalu lintas.

Video aksi lelaki tersebut telah menjadi viral di media sosial.

Gara - gara marah, lelaki ini bentang sejadah di tengah jalan raya & doa agar polis 'diazab'
Gara – gara marah, lelaki ini bentang sejadah di tengah jalan raya & doa agar polis ‘diazab’

Beliau yang memakai serban dan jubah meletakkan sejadah di atas jalan raya berhampiran Masjid Terapung Ahamami sebelum sujud di depan anggota polis trafik.

Dia juga berharap agar anggota polis trafik yang mengeluarkan saman kepadanya mendapat hidayah dan tidak menerima ‘azab’ daripada Allah.

Ini kerana dia merasakan tidak puas hati apabila dikenakan saman kerana tidak memakai topi keledar, serta tidak membawa dokumen kenderaan dan lesen memandu.

Kejadian itu berlaku semasa dia ditahan oleh polis trafik semasa sekatan jalan raya yang sedang dijalankan.

Baca :

Buat sendiri kuih tart nenas sandwich kiub, jimat duit & boleh makan banyak

Dapat sambutan hangat rakyat Malaysia tapi tetap diremehkan pembangkang, ini cerita sebenar Skim Perubatan MADANI (SPM)

Mark Zuckerberg antara bilionair yang sedang bina pertahanan ‘terbaik’ bagi hadapi ‘hari kiamat’