Gara-gara tersepit ‘roller shutter’, lelaki ini dijemput malaikat maut

Oleh GEMILANGDAILY

Gara-gara tersepit ‘roller shutter’, lelaki ini dijemput malaikat maut.

Seorang lelaki mati dalam keadaan cukup tragis apabila kepala dan sebahagian badannya tersepit pada pintu ‘roller shutter’

ia berlaku dalam kejadian di sebuah stesen tren bawah tanah di Belgium minggu lalu.

Gara-gara tersepit 'roller shutter', lelaki ini dijemput malaikat maut

Insiden itu berlaku pada waktu awal pagi di Stesen Metro Rogier di tengah Brussels.

Pengurus stesen yang enggan dinamakan berkata, mangsa masuk ke kawasan itu sejurus sebelum pintu mekanikal ‘roller shutter’ tersebut dibuka.

“Kepala dan sebahagian dadanya tersepit sebaik sahaja ‘roller shutter’ tersebut dibuka menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

“Keadaan itu menyebabkan mangsa tergantung pada bahagian atas pintu mekanikal tersebut,” katanya.

Sementara itu, jurucakap bomba, Walter Derieuw berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.30 pagi (waktu tempatan) dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa berjaya dikeluarkan namun usaha menyelamatkan nyawanya gagal membuahkan hasil.

“Kami masih menyiasat perkara ini, namun menurut rakan sekerja tragedi tersebut berlaku apabila pihak berkuasa menyedari peningkatan gelandangan di stesen metro sekitar Brussels.

Insiden seumpama itu adalah kali keempat dilaporkan berlaku di stesen tren bawah tanah di bandar Brussles.

Pada 31 Mac lalu, bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang tersepit dan tergantung pada pintu ‘roller shutter’.

Dua lagi insiden serupa direkodkan sebelum itu, namun tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

BACA:

‘Dia nak jadi macam Alif Syukri ke?’ Azhar Sulaiman samakan Leona dengan Alif Syukri, sekali ini respon tuan badan

‘Saya hanya raba-raba je, saya tak sengaja sentuh bahagian sensitif’, Ustaz kantoi cabul pelajar sampai hamil!