“Geli betul aku nak makan” – pelanggan perlu ada ‘common sense’, asingkan senduk nasi ketika di kedai makan

Oleh ISMAIL YAHYA

Sebelum makan di gerai atau restoran, salah satu perkara penting yang perlu difikirkan adalah kebersihan.

Tetapi, apabila kita makan di luar, kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis pelanggan yang makan bersama-sama kita.

Setiap orang perlu bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan menggunakan akal sihat supaya tidak mengganggu orang lain.

"Geli betul aku nak makan" - pelanggan perlu ada 'common sense', asingkan senduk nasi ketika di kedai makan
“Geli betul aku nak makan” – pelanggan perlu ada ‘common sense’, asingkan senduk nasi ketika di kedai makan

Baru-baru ini, ada seorang individu yang berkongsi pengalaman di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini, tentang orang yang suka meninggalkan senduk di dalam bekas nasi selepas makan.

“Kepada B40 atau T20 sekalian, minta tolong kepada semua. Kalau makan dekat kedai jenis layan diri, senduk tolong jangan tinggalkan dalam macam ni!!!

“Geli betul aku nak makan kalau macam ni. Habis kuman-kuman melekat dekat nasi.

“Tiap-tiap kedai makan pasti ada perangai yang suka tinggalkan senduk dalam ni. Geram tau,” luahnya dalam hantaran berkenaan.

Perkongsian itu mencetuskan perbincangan di laman sosial, di mana sesetengah warganet menyokong pandangan individu itu, manakala yang lain mengkritiknya.

“Bawa bekal sajalah. Itu baru senduk nasi. Belum senduk lauk pauk lagi. Semua orang pegang-pegang.” – Netizen.

“Saya pun jenis geli juga kalau senduk tinggal dalam nasi ni. Tangkai senduk tu kena dekat nasik. Sehari berapa banyak tangan dah pegang senduk tu.

“Pernah tengok ‘brother’ tu sebelum masuk kedai dia hembus hingus pakai tangan lepas tu dia masuk-masuk kedai, calit-calit tangan kat baju terus ambik nasi. Padanlah sedap.

“Dalam kursus pengendalian makanan dah cakap yang senduk tak boleh tinggal dalam bekas nasi, ais. Patut kedai Melayu guna konsep nasi kandar. Ada joki yang sendukkan lauk,” demikian antara komen netizen.

Walau bagaimanapun, sesetengah netizen merasakan pandangan individu itu tidak penting dan dia dianggap berpura-pura bersih.

“Bawa bekal sajalah. Itu baru senduk nasi. Belum senduk lauk pauk lagi. Semua orang pegang-pegang.

“Beriya betul… makan sajalah dekat rumah kalau rasa situ ada kuman. Bukan semua orang ada common sense macam kita.

“Itu baru senduk. Kau pergi dekat dapur dia, check macam mana dia sediakan makanan tu lagi. Makan luar ni ibarat kau reda sajalah pasal kebersihan. Nak betul-betul bersih memang kena masak sendiri, baru tahu bersih ke tidak,” – komen netizen.

Baca :

Polis buru pemilik kafe pamer anak singa untuk tarik pelanggan

Biar betul? Hanya guna ‘baking soda’ dapat wangikan karpet rumah

Tak sangka semudah itu nak buat telur masin sendiri di rumah, boleh buat stok Ramadan