“Habis barang customer aku” – Monyet itu tiada maaf ya! Wanita menangis monyet liar rompak ‘parcel’ pelanggan

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

“NATE (binatang) beruk b*b*. Habis barang customer aku. Mu tengok ni.”

Beginilah jeritan seorang peniaga di ladang kelapa sawit sambil menunjukkan bungkusan yang rosak disebabkan oleh monyet.

Sebuah video yang menampilkan seorang wanita menangis telah mendapat lebih daripada 1.5 juta tontonan, mencetuskan pelbagai reaksi dari warganet termasuk yang menganggap tindakannya memarahi kepada monyet sebagai sesuatu yang lucu.

"Habis barang customer aku" - Monyet itu tiada maaf ya! Wanita menangis monyet liar rompak 'parcel' pelanggan
“Habis barang customer aku” – Monyet itu tiada maaf ya! Wanita menangis monyet liar rompak ‘parcel’ pelanggan

Peniaga tersebut, Nur Izzatul Amira Asma Niza, mengatakan bahawa kejadian itu berlaku di rumah mentuanya di Kuala Ketil, Kedah, pada hari Khamis yang lepas.

Dikenali sebagai Miera, beliau menyatakan bahawa pada masa itu dia meninggalkan beberapa bungkusan yang mengandungi balang kuih raya untuk dihantar kepada pelanggan melalui perkhidmatan kurier.

“Masa tu saya keluar rumah nak hantar kuih raya secara COD (pembayaran tunai semasa serahan) dekat pelanggan sambil beli barang sikit di kedai runcit berdekatan.

“Saya keluar cuma setengah jam. Balik rumah tengok ada parcel yang sudah terburai, balang kuih raya tak ada dan ada parcel kena curi dengan monyet,” katanya ketika dihubungi mStar.

Miera yang berumur 21 tahun merasa terkejut apabila melihat perkara yang berlaku.

Beliau masuk ke dalam kebun kelapa sawit yang berdekatan dengan rumahnya untuk menjejak parcel yang telah dicuri.

“Bungkusan parcel tu saya tinggalkan atas kerusi di luar rumah. Selalunya ada orang di rumah sebab kurier nak datang ambil parcel.

“Saya nampak monyet-monyet berlari masuk ke kebun kelapa sawit. Jadi saya masuk ke sana untuk cari dan selamatkan parcel yang dicuri,” ujarnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Memulakan perniagaan dalam talian sejak tahun lalu, Miera berkongsi bahawa meskipun rumah mentuanya telah sering dicerobohi oleh kumpulan monyet liar sebelum ini, tetapi kejadian pertama kali di mana parcel dicuri berlaku baru-baru ini.

Menurutnya, dia baru sahaja mula menjalankan perniagaan kuih raya sebulan yang lalu sempena bulan Ramadan, di mana dia membuat kuih-kuih bersama ibu mentuanya dan seorang pembantu.

Selain itu, Miera menegaskan bahawa dia tidak menggunakan video menangis di kebun kelapa sawit sebagai strategi pemasaran untuk meningkatkan jualan kuih raya tersebut.

“Masa rakam tu saya tengah sedih dan geram monyet-monyet curi parcel sebab saya nak hantar kepada pelanggan.

Saya tak serik sebab ini sumber rezeki. – Nur Izzatul Amira Asma Niza

“Saya tengah marah, jadi saya tak tahu apa yang saya cakap. Main cakap saja. Saya memang betul-betul sedih tengok parcel tu kena koyak dan balang kuih raya hilang.

“Ini bukan melawak dan bukan juga marketing. Daripada empat parcel mengandungi enam balang yang dicuri, dua balang saja dapat diselamatkan,” katanya sambil menambah mengalami kerugian RM52.

Miera menjual beberapa jenis kuih raya seperti kuih siput, popia pedas, dan popia Nestum secara kecil-kecilan, namun dia menghadapi cabaran.

“Saya tak serik sebab ini sumber rezeki. Saya akan terus buat kuih raya, jual kepada pelanggan termasuk buat COD.

“Cuma saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Saya akan pastikan tidak tinggalkan bungkusan parcel kuih raya tanpa pengawasan,” katanya lagi.

Video : https://www.instagram.com/reel/C4UVa_GSiOs/?utm_source=ig_web_copy_link

Baca :

Sayur ‘magic’ untuk kulit, rupanya banyak khasiat tomato untuk wajah mulus

Stadium Gaza jadi tanah perkuburuan, rangka dan jasad atlet ditanam di situ

Raya dah dekat, tapi rumah bersepah? Jom bersihkan rumah dengan tips ini