Hati-hati kalau mata putih tiba-tiba berubah jadi kuning, mungkin 6 penyakit ini yang serang

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Tanda kepada pelbagai jenis penyakit adalah penyebab kepada mata kuning yang terjadi pada golongan dewasa.

Ini menunjukkan terdapat gangguan pada organ hati atau hempedu.

Justeru, mari ikuti penerangan lanjut di bawah untuk memahami penyebab mata kuning pada orang dewasa dengan lebih terperinci.

PUNCA-PUNCA WARNA PUTIH BERUBAH MENJADI KUNING

1. PENYAKIT KUNING

Hati-hati kalau mata putih tiba-tiba berubah jadi kuning, mungkin 6 penyakit ini yang serang

Penyakit kuning adalah salah satu penyebab mata berubah warna menjadi kuning. Ini terjadi akibat pengumpulan zat yang dikenali sebagai bilirubin dalam aliran darah. Selain itu, terdapat tanda lain yang disebabkan oleh penyakit kuning, seperti:

-Warna kulit berubah menjadi kuning.

-Selalunya berlaku pada bayi dan orang dewasa.

-Menjadi tanda penyakit hepatitis atau kanser pankreas bagi orang dewasa.

2. BATU KARANG

Selain mata yang menjadi lebih kuning, terdapat gejala lain bagi penyakit batu karang, seperti:

-Sakit perut di bahagian kanan atas.

-Sakit dada.

-Mual dan muntah.

3. SIROSIS HATI

Kerosakan pada organ hati boleh disebabkan oleh terbentuknya rangkaian parut yang dikenali sebagai sirosis hati. Gejala sirosis hati selain perubahan warna mata menjadi kuning adalah:

-Memengaruhi fungsi hati.

-Penurunan nafsu makan.

-Mudah merasa penat.

-Penurunan berat badan secara mendadak.

4. GANGGUAN PANKREAS

Selain hempedu, gangguan pada pankreas juga boleh menyebabkan perubahan warna mata menjadi kuning.

Ini kerana saluran pankreas dan saluran hempedu saling bergabung dan berperanan mengalirkan hempedu ke usus kecil.

Apabila saluran pankreas mengalami jangkitan atau tersumbat, hempedu tidak dapat mengalir dengan baik, menyebabkan perubahan warna kuning pada mata.

5. GANGGUAN DARAH

Gangguan pada sel darah merah boleh menunjukkan pelbagai gejala, termasuk mata kuning. Gejala lain adalah:

-Anemia Hemolitik Autoimun (AHA) – Sistem imun bertindak memusnahkan sel darah merah lebih cepat daripada yang dapat dihasilkan oleh badan.

-Anemia Sel Sakit – Sel darah merah berbentuk abnormal disebabkan oleh mutasi genetik.

-Reaksi ketidakserasian darah setelah pemindahan darah juga boleh menyebabkan perubahan warna mata.

6. KESAN SAMPINGAN UBAT-UBATAN

Perubahan warna mata juga boleh muncul sebagai kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan. Mengambil jenis ubat tertentu dalam jangka waktu yang panjang boleh menjadi penyebab munculnya keadaan ini.

BACA: ‘Nama je bank islam tapi macam bank kafir’ Peniaga bengang internet banking bank islam lembab