Heboh kononnya jalur ke-38 keturunan Rasulullah, foto Maula Al-Amin dijual RM22.55

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Ketika pihak berkuasa memantau kegiatan lelaki dakwa jalur ke-38 keturunan Rasulullah, foto Maula Al-Amin dijual menerusi platform e-dagang dengan harga RM22.55.

Gambar lelaki dikatakan warga Maghribi itu dijual dengan ukuran saiz 25 sentimeter (cm) lebar dan 35 cm panjang menggunakan bahan seperti fiber dan kaca.

Mengikut akaun penjual di platform tersebut, difahamkan individu itu dari Indonesia yang menawarkan jualan dengan minimum tempahan adalah dua keping gambar.

Heboh kononnya jalur ke-38 keturunan Rasulullah, foto Maula Al-Amin dijual RM22.55
Heboh kononnya jalur ke-38 keturunan Rasulullah, foto Maula Al-Amin dijual RM22.55

Berdasarkan maklumat pada platform itu, gambar Maula Al-Amin sehingga kini belum terjual sekali gus belum ada rating daripada pelanggan.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Na’im Mokhtar mengingatkan semua pihak supaya menjauhkan diri daripada sikap taasub.

Kenyataan tersebut ekoran isu seorang lelaki dikatakan warga Maghribi yang mendakwa berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad SAW.

Beliau dipetik berkata, semua pihak diseru untuk sentiasa berpegang kepada neraca ilmu serta fakta.

Baca :

Mahal sangat kos kahwin di negara sendiri, mahu nikah di Thailand? Ini nasihat ejen bertauliah

Dah ada kes umur 11 tahun pun kemurungan, pakar psikiatri ini dedah punca budak cenderung bunuh diri

Masuk sekolah tahfiz rasa macam ‘jauh’ dah pergi, pengakuan lelaki ini mengundang doa warganet