Ibarat ‘mendidih’ dek bahang, sebenarnya ada cara yang betul untuk buat ruang kereta cepat sejuk

Oleh NADIA HARON

Baru-baru ini, cuaca di seluruh Malaysia menjadi sangat panas disebabkan oleh perubahan dalam musim hujan timur laut yang terakhir.

Ini bermaksud bahawa suhu harian boleh melampaui 35 darjah Celsius.

Bagi sesiapa yang memandu kereta, menggunakan penghawa dingin atau aircond adalah amat membantu ketika ini kerana ia boleh mendinginkan udara di dalam kereta.

Ibarat 'mendidih' dek bahang, sebenarnya ada cara yang betul untuk buat ruang kereta cepat sejuk
Ibarat ‘mendidih’ dek bahang, sebenarnya ada cara yang betul untuk buat ruang kereta cepat sejuk

Walau bagaimanapun, jika kereta dibiarkan di bawah sinaran matahari, udara di dalamnya akan menjadi sangat panas kerana ia terperangkap, terutamanya jika kereta diparkir di tempat yang tidak berteduh.

Anda mungkin pernah mengalami bahawa walaupun anda menghidupkan aircond sebaik masuk ke dalam kereta, ia masih terasa panas dan lambat sejuk.

Kenapa?

Sebenarnya, ada cara yang betul untuk membuat kereta anda menjadi sejuk dengan lebih cepat.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi tip tentang cara untuk menghilangkan panas dalam kereta anda dengan cepat dan membuat aircond menjadi sejuk.

Jom ikuti perkongsian daripada pemilik akaun TikTok @altimatsaujana di bawah.

Menurut individu lelaki dalam klip tersebut, terdapat dua kaedah untuk mengatasi masalah panas dalam kereta kerana ada kereta yang sudah menggunakan panel aircond digital dan ada yang masih menggunakan panel aircond manual.

Panel Aircond Manual

Untuk kereta yang masih mempunyai panel kawalan aircond manual, anda boleh membuat kereta anda sejuk lebih cepat dengan tidak menekan butang aircond terlebih dahulu.

Sebaliknya, cari simbol aliran udara masuk ke dalam kereta dan pusing ke arah simbol tersebut.

Tunggu beberapa minit sehingga tiada lagi udara panas.

Selepas itu, hidupkan aircond dan pusing semula ke arah simbol aliran udara dalam kereta.

Panel Aircond Digital

Bagi kereta yang mempunyai skrin digital, pastikan anda mematikan aircond sebelum meninggalkan kereta.

Untuk langkah yang lebih kurang sama, cari simbol udara yang menunjukkan arah keluar dan masuk di dalam kereta, kemudian tekan butangnya.

Selepas itu, tunggu beberapa minit sehingga kereta tidak lagi terasa panas sebelum menghidupkan semula aircond dan menekan butang udara tersebut.

Barulah anda masuk kereta anda tanpa rasa kepanasan di dalam.

Semoga tips ini membantu!

Baca :

Punyai pelbagai kebaikkan untuk kesihatan, daun betik antara ulam yang membantu kawal paras gula dalam badan

Siapa sangka Malaysia kini di tangga kedua tertinggi punyai kadar pemilikan kenderaan di Asia

Resipi pecal sambal sedap & naik rasa, rupanya kena lebihkan bahan ini