Ibu sanggup kayuh basikal jemput ambulans ke rumah, demi bawa anak sakit ke hospital

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Seorang ibu kayuh basikal jemput ambulans ke rumah demi bawa anak sakit ke hospital

selepas lokasi tempat tinggalnya tidak dapat dipastikan dengan jelas menerusi landmark yang diberi.

Perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh seorang petugas kesihatan yang berada di ambulans berkenaan dikenali sebagai Danial Haikall di platform TikTok.

Menerusi kapsyen yang disertakan, pengguna TikTok tersebut memberitahu bawa pada awalnya

mereka tidak dapat mengetahui lokasi sebenar panggilan untuk mendapatkan perkhidmatan ambulans tersebut.

terima panggilan kecemasan dari hospital (sawan)..
tibaNya di lokasi (landmark) kami inform caller utk jemput kami di tempat tersebut sebab nak cari rumah caller susah,” tulisnya.

Jadi, pihak mereka kembali menghubungi pemanggil dan menunggu ada pihak yang menjemput mereka di lokasi menunggu.

Tak lama selepas itu, seorang wanita tiba dengan mengayuh basikal dalam keadaan tercungap-cungap dan meminta maaf kerana terlambat.

@danialhaikall_terima panggilan kecemasan dari hospital (sawan).. tibaNya di lokasi (landmark) kami inform caller utk jemput kami di tempat tersebut sebab nak cari rumah caller susah. Dalam masa yg agak lama hampir 15-20 minit tunggu caller dtng kami agak terkejut sbb ibu ini datang dengan berbasikal sambil tercungap2 dan berkata maaf lambat .Lalu ia tunjukan kami jalan untuk kerumahNya .Saya cuba pujuk dia untuk naik ke ambulan & saya yg bawa basikal tu tapi dia xmau ..Ibu tu kata xpa2 saya boleh kayuh .kami pon ikod la ibu tu .Rumah agak jauh dan agak dalam di ladang kelapa sawit .. Saya yg d dlm ambulan ni pon sebak tengok ibu ni sanggup kayuh dalam gelap untuk anak yang tengah sakit πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­

♬ Arief_Bersama menggapai impian – ꧁ 𝑹.π’Œπ’‚π’š_π‘Άπ’‡π’‡π’Šπ’„π’Šπ’‚π’ ꧂

β€œDalam masa yg agak lama hampir 15-20 minit tunggu caller dtng kami agak terkejut sbb ibu ini datang dengan berbasikal sambil tercungap2 dan berkata maaf lambat .Lalu ia tunjukan kami jalan untuk kerumahNya,” ujarnya lagi.

Walau pun sudah dipujuk untuk menaiki ambulans sahaja menuju ke rumahnya, namun wanita berkenaan tetap mahu mengayuh basikal demi memastikan anaknya segera menaiki ambulans dan mendapat rawatan segera di hospital.

Difahamkan rumah wanita itu agak jauh ke dalam dan perlu melewati kawasan kebun kelapa sawit yang sememangnya gelap.

β€œSaya cuba pujuk dia untuk naik ke ambulan & saya yg bawa basikal tu tapi dia xmau ..Ibu tu kata xpa2 saya boleh kayuh .kami pon ikod la ibu tu .Rumah agak jauh dan agak dalam di ladang kelapa sawit ..” katanya.

Ujar Danial Haikal, dia yang melihat situasi dari dalam ambulans turut berasa sebak apabila mengenangkan pengorbanan seorang ibu kayuh basikal demi anak yang sedang sakit di rumah.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata turut mengalirkan air mata apabila melihat momen yang menyedihkan seperti itu.

Mereka juga mengatakan bahawa seorang ibu memang sanggup membuat apa sahaja demi anak lebih-lebih lagi sewaktu darah daging mereka sedang memerlukan rawatan seperti yang berlaku terhadap wanita tersebut.

Pengorbanan seorang ibu memang tiada tolak bandingnya. Semoga urusan mak cik tersebut serta anaknya dipermudah dan diberi kesembuhan secepatnya.

BACA:Β Modal tak sampai RM10, ini cara jimat ke Klia2 buat abang grab pun pening