Imam Masjid meninggal dunia lepas lawat isteri bersalin, tak sempat ambil anak balik sekolah

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Imam Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar, Perak, iaitu Ustaz Nurul Kamal Zulkarnain meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan.

Difahamkan beliau baru sahaja selesai melawat isterinya yang baru bersalin di Hospital Seri Manjung.

Kemalangan tersebut berlaku selepas Perodua Kembara yang dipandunya terbabas di KM 211.8 Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) arah Utara, dekat Sitiawan.

Difahamkan, selepas melawat isterinya di hospital, Allahyarham meneruskan perjalanan pulang ke Seri Iskandar untuk menjemput anak yang lain di sekolah.

Menurut laporan Harian Metro, Allahyarham juga merupakan Guru Takmir Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Seri Iskandar.

Imam Masjid meninggal dunia lepas lawat isteri bersalin, tak sempat ambil anak balik sekolah

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.35 petang.

“Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas, dan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

BACA: ‘Tidak puas hati demi agenda peribadi, sila pindah negeri amal cuti jumaat sabtu’ – TMJ