Individu dedah kenapa biskut ‘shelup-shelup’ Shuhada melingkup, rupanya..

Oleh GEMILANGDAILY

Individu dedah kenapa biskut ‘shelup-shelup’ Shuhada melingkup, rupanya..

Sedia maklum, isteri kepada pelakon sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada memulakan perniagaan biskut bernama ‘Shelup Shelup Satu Tak Cukup’

selepas ditimpa ujian bertubi-tubi dan perlu menanggung anak-anak.

Individu dedah kenapa biskut 'shelup-shelup' Shuhada melingkup, rupanya..

Bagaimanapun, baru-baru ini, Shuhada atau mesra dipanggil sebagai Shu memaklumkan perniagaannya itu bakal ditutup, namun enggan mendedahkan punca perniagaan biskut itu diberhentikan.

Biarpun umum bakal ditutup, ada juga pembeli yang dapat merasa biskut tersebut dengan membelinya secara online tetapi ia boleh dikatakan indah khabar dari rupa.

@neesholla No hate just tegur sahaja, so harap lepas ni dapat upgrade packaging la noh ???????? #fyp #shelupshelup #shuhadashukri #xyzbca ♬ Loose music box music(809983) – M.O.M

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa melihat packaging biskut berkenaan dan berpendapat Shuhada silap memilih perniagaan.

komen netizen

Sekadar info, sewaktu Shuhada mengumumkan harga biskut ‘Shelup Shelup Satu Tak Cukup’ kepada umum, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan menganggap ia adalah biskut harga kayangan.

Melalui video tersebut, individu itu menunjukkan beberapa biskut hancur serta kotak biskut tersebut dipenuhi dengan bekas cat, tetapi pembeli berkenaan tidak tahu sama ada ‘kotoran’ berkenaan adalah disengajakan ataupun tidak.

Menurut pembeli, niatnya bukanlah mahu mengecam, namun hanya sekadar teguran supaya tidak berlaku kepada pembeli lain kerana harga untuk membeli biskut berkenaan tidak murah.

BACA:

Gara-gara guru ‘ponteng’ sekolah sampai setahun, bekas anak murid nekad saman cikgu sendiri

Jual RM2.10 je? Tapi macam mana kedai paling puaka dalam Malaysia ini buat duit yang ramai tak tahu