Individu ini beri penjelasan kenapa perniagaan ustazah Asma’ lingkup

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Dalam artikel ini, terdapat seorang individu dari laman Facebook iaitu Amirul Mu’min memberi penjelasan tentang mengapa perniagaan ustazah Asma’ boleh lingkup.

Saya spend 52 minit untuk tonton dan fahami isu Ustazah Asma Harun tutup kedai makan, supaya korang boleh ambil iktibar dalam masa 5 minit.

Ringkasan daripada video:

Individu ini beri penjelasan kenapa perniagaan ustazah Asma' lingkup
Individu ini beri penjelasan kenapa perniagaan ustazah Asma’ lingkup

• Umur perniagaan: 1 tahun 2 hari
• Menu Popular: Sup Tulang RM 14.90,
• 4 jenis Laksa RM 10 – RM 13
• Sales Bulanan: RM 90,000 – RM 120,000
• Kos Overhead: RM 30,000
• Kerugian yang dialami: Rugi RM 30,000 tiap-tiap bulan
• Kos bulanan: RM 150,000 sebulan

Ini juga bermaksud:

• Kos stok bahan mentah: RM 120,000 sebulan
• Selalu beli stok barang untuk seminggu bermaksud belanja RM 30,000 tiap-tiap minggu untuk beli barang stok bahan mentah
• Sebab nak tutup: ustazah kata sebab keadaan ekonomi, margin bisnes f&b kecil, kos bahan mentah mahal dll.

Saya tulis ini untuk dibaca oleh usahawan F&B yang baru nak mula, yang baru setahun berniaga, ataupun bawah 3 tahun yang masih mencari rentak.

Jika anda rasa ini bukan anda, boleh terus scroll posting ini.

Saya boleh cerita panjang lebar tentang jenis2 usahawan dulu, sebab jenis usahawan akan membentuk mindset dan program awal on why you do business at the first place.

Tapi saya taknak olah dan kaitkan hal itu.

Susah kita nak teliti kenapa ustazah katakan kos bahan mahal sebab tak diberitahu berapakah pecahan kos ramuan dan berapakah nilai sup tulang popular yang berharga RM 15 semangkuk itu.

Kalaulah mana-mana team ustazah atau pengurus terjumpa posting ini.

Betulkan saya kalau saya salah huraian.

Katakanlah ustazah guna formula biasa usahawan set harga jualan iaitu formula darab 3.

Bermaksud, kos ramuan sup tulang ustazah berjumlah RM 5 semangkuk.

Katakanlah ustazah buat kiraan untuk memastikan kos ramuan sup tulang tidak melebih 35% harga jual.

Bermaksud, kos ramuan sup tulang RM 5.25

Ini bermaksud margin ustazah disitu sebanyak 64.77% dan sales minimum yang ustazah perlu capai satu hari ialah RM 1545 @ 104 mangkuk sup tulang untuk cover kos operasi RM 30,000 sebulan.

Ini belum kita sentuh berapa margin yang ustazah mahukan, dan berapa percent kos terbazir.

Btw, kalau usahawan F&B kat sini yang nak tahu macam mana saya dapatkan jualan minimum sup tulang ustazah dengan mudah,
saya guna free tools dari KiraUntung ini: https://kirauntung.my/free/

Berbalik kepada cerita ustazah dan semua usahawan F&B yang mahu dapatkan pedoman.

1. Betul, bisnes F&B ni sangat mencabar, hampir sedekad saya dan family menguruskan bisnes pembuatan mee kuning di Kuantan. Korang tak boleh cakap saya ni jual air liur, sebab saya cakap dari pengalaman.

Bukan cakap buku.

2. Untuk konsisten selamat dan kekal berniaga dalam industri F&B ni, harga jual mesti kena ditetapkan betul-betul untung dahulu, kalau tak pasti nak jual berapa, ada link dlm free tools di atas, korang boleh explore.

3. Jangan jual lebih dari 10 menu, lagi banyak menu, lagi banyak kos.

Kalau mahu banyakkan juga pilihan, buat menu engineering betul-betul.

Supaya stock bahan mentah yang sama boleh keluar 2-3 macam menu.

4. Kalau ustazah buka kedai sup tulang sahaja pun okay, memandangkan itu menu popular.

Buang sahaja menu yang kurang permintaan.

5. Kalau perlu naikan harga, entahlah..sup tulang RM 15 semangkuk tu pun dah mahal untuk B40-M40 melainkan sup tulang ustazah tersangatlah meriah dan boleh makan 2-3 orang.

6. Untuk kurangkan kos bahan sup tulang tu, ustazah boleh buat 3 pilihan portion, small, medium, large bowl..dan letak 3 jenis harga supaya boleh puratakan kos yang lebih rendah.

Kalau anda rasa posting ini bermanfaat untuk kawan-kawan bisnes F&B korang yang lain, boleh tag dan share post ni ye.

Baca :

Rumah bahang & panas? Jom ikuti tips sejukkan rumah tanpa perlu pasang penghawa dingin

Tak cukup ‘saranghaeyo’ kalau belum cuba buat telur kicap Korea ini, sedap makan dengan nasi panas

Buat yang suka simpan bawang besar dipotong separuh dalam peti sejuk, ini perkara penting wajib tahu