Individu ini kongsi pelbagai petua & ‘skill’ masak di dapur, barulah ‘power’

Oleh AHMAD BADRUL

Dalam dunia masak-memasak, terdapat banyak tips dan teknik di dapur yang boleh dicuba untuk meningkatkan kemahiran memasak kita.

Antara tips yang sering didengar adalah untuk membuat sambal tumis yang sedap, perlu menunggu sehingga cili kisar pecah minyak.

Tidak hanya itu, terdapat juga beberapa tips lain yang perlu anda ketahui untuk menjadikan masakan anda lebih sedap.

Individu ini kongsi pelbagai petua & 'skill' masak di dapur, barulah 'power'
Individu ini kongsi pelbagai petua & ‘skill’ masak di dapur, barulah ‘power’

Ingin tahu tips nya?

Mari ikuti perkongsian penuh di bawah mengenai 20 tips di dapur yang perlu dicuba.

1. Agar sambal tumis udang tidak terlalu cair, goreng udang terlebih dahulu dan keluarkan dari kuali.

Gunakan minyak yang sama untuk menumis sambal.

Masukkan udang selepas sambal menjadi garing.

2. Sebelum menggunakan telur untuk masakan, kuih, atau biskut, pastikan korang membuang ‘mata’ telur terlebih dahulu.

3. Untuk mengelakkan membeli ikan pari yang berbau busuk, jangan malu untuk mencium ikan pari di pasaran sebelum membelinya.

4. Cara saya lembutkan sotong kering mudah sahaja – gunakan sedikit abu chang semasa rendam.

Tambahkan garam untuk menghilangkan bau sotong.

Bila sotong sudah lembut, buang air rendaman dan rendam sebentar dengan air yang dicampur garam.

5. Nak mudah kupas telur rebus? Selepas direbus, rendam dengan cepat dalam air.
Biarkan telur sejuk sebelum dikupas supaya kulit dan isinya tidak melekat.

6. Pernah dengar tak, bila masak cili padi, masukkan sedikit tangkai cili.

Jika kisar 10 batang, tambahkan 2 batang bersama tangkainya.

Petua ini datang dari seorang pengamal perubatan tradisional yang saya masih ingat hingga sekarang. Ia bertujuan untuk mengelakkan masalah gastrik.

7. Apabila mencuci ayam, rendam sebentar dalam tepung gandum dan garam.

Ini akan memudahkan untuk membersihkan lendir ayam dan menjadikan ayam lebih wangi.

8. Untuk membuat bergedil, tumbuk kentang ketika masih panas.

Ini akan menghasilkan tekstur yang lebih halus dan kentang tidak akan berketul-ketul.

9. Jika ingin sayur yang direbus tetap cantik sehingga petang, rendamlah dalam air sejuk sebaik sahaja keluar dari periuk.

10. Untuk mendapatkan nasi minyak, briyani, atau nasi tomato yang cantik dan tidak hancur, rendamlah beras basmati selama sekurang-kurangnya 30 minit, kemudian toskan airnya.

Selepas menumis bahan-bahan rempah, tuangkan air dalam jumlah yang sama dengan sukatan beras.

Biarkan air mendidih, kemudian masukkan beras dan garam.

Apabila hampir kering, kacau beras dua kali lipat.

Tutup periuk rapat dan kecilkan api.

Pastikan penutup periuk ditutup rapat supaya wap panas tidak keluar.

11. Untuk mereka yang baru belajar membuat kek lapis, letakkan kertas pembakar di dasar dulang untuk memudahkan mengeluarkan kek dari loyang.

Tidak perlu menyapu mentega di tepi loyang, kerana ini akan membuat kek agak renggang apabila selesai dibakar.

Kalau letak mentega, lapisan tepi akan jadi senget-senget.

Untuk lapisan pertama, guna api atas bawah.

Lapisan yang seterusnya, guna api grill sahaja.

Yang penting, jangan lupa tekan setiap lapisan dengan gelas setiap kali selepas bakar.

Kalau tak, nanti lapisan kek akan ada gelembung udara.

12. Untuk buat lempuk durian yang mantap, guna isi durian yang bagus dan cuma campur gula.

Saya selalu guna nisbah gula ke durian 1:3.

Jangan campur tepung walau sikit pun.

Letak beberapa biji durian bersama, masak isi durian dan gula hingga lempuk tak melekat dengan biji durian yang dimasukkan bersama tu.

13. Kalau lauk termasin, boleh kurangkan dengan cara:

– Tumiskan bahan lain dan campurkan ke dalam lauk.

Tambahkan semua bahan kecuali garam.

– Letakkan potongan kentang, kentang akan menyerap kelebihan garam.

– Tambahkan 1 sudu besar cuka atau air lemon perahan.

– Basahkan penutup periuk dengan air, tutup api dan biarkan lauk itu masak dengan tutup periuk yang telah dibasahkan.

14. Jika ingin membuat bihun goreng yang tidak mudah patah, pastikan untuk merendam bihun dalam air selama 2 hingga 3 jam.

Jangan gunakan air panas kerana bihun akan cepat hancur.

15. Jika tak masak paru dengan betul, rumah akan berbau busuk.

Cara untuk menghilangkan bau tidak sedap paru, masaklah dengan serai yang diketuk dan beberapa helai daun salam.

16. Untuk membuat roti jala yang cantik, adunan perlu direndam sekurang-kurangnya 30 minit supaya tepung dapat berehat sebentar.

Jika tidak, hasilnya seperti baju yang koyak, roti jala akan kembang dan tidak halus.

17. Untuk membuat nasi lemak yang cantik dan berderai, cubalah letakkan sedikit minyak masak sebelum memasak nasi.

Mudah kan?

18. Jika tidak mahu air rebus melimpah keluar, gunakanlah senduk atau sudip kayu.
Berkesan!

19. Untuk membuang biji jambu batu dengan mudah, gunakanlah sudip yang tebal supaya tidak mudah patah.

20. Ketika memasak daging tetel, pastikan untuk membuang buih darah rebusan daging supaya lauk tidak berbau hamis.

Banyak yang lupa untuk melakukannya sebelum ini.

Wah, berguna betul ya semua petua di dapur yang dikongsikan.

Semoga bermanfaat!

Baca :

Kaki boros nak menabung? Tips simpan duit efektif untuk capai matlamat

“Buka api terus..” – Cara goreng sosej supaya tak kecut, elok kejadiannya!

Tercari-cari cara jimatkan duit? 3 benda ini rupanya banyak terbangkan gaji anda