Individu ini kongsi resipi cukup lengkap proses buat nasi minyak dengan lauk – pauk & acar sayur

Oleh AHMAD BADRUL

Nasi minyak sering dimakan semasa majlis perkahwinan.

Tetapi, anda juga boleh menikmatinya di rumah bersama keluarga dengan menggunakan resipi mudah ini.

Bukan hanya resipi nasi minyak, tetapi juga resipi untuk ayam masak merah, lauk kurma ayam kentang, dan sayur acar mentah!

Individu ini kongsi resipi cukup lengkap proses buat nasi minyak dengan lauk - pauk & acar sayur
Individu ini kongsi resipi cukup lengkap proses buat nasi minyak dengan lauk – pauk & acar sayur

Jom tengok resipi yang dikongsi oleh Puan Hidayati Hana di bawah ini.

Set nasi minyak ‘simple’ berserta lauk-lauk

Nasi Minyak yang mudah disediakan dipadankan dengan ayam masak merah, kurma ayam kentang, acar mentah timun dan lobak, serta papadom untuk makan tengah hari hari ini.

Ini adalah resepi untuk nasi minyak:

Bahan-Bahan:

• 3 cawan beras basmathi
• 1 biji bawang besar
• 5 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• Rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga)
• 2 sudu besar mentega/ minyak masak
• 1 kiub pati ayam
• 1/2 cawan susu cair
• Air secukupnya (anggaran air ~ 1 cawan beras bersamaan 1.5 cawan air )
• 2 helai daun pandan
• Bawang goreng hiasan

Cara-cara:

– Beras direndam terlebih dahulu lebih kurang 30 minit dan toskan airnya.
– Panaskan mentega, tumis bawang dan halia yang telah dikisar.
– Masukkan 3 sekawan dan daun pandan.
– Bila bawang dah garing masukkan susu cair, air, kiub pati ayam dan garam.
– Tuangkan ke dalam periuk nasi.
– Tunggu nasi masak seperti biasa.
– Biarkan 5 minit baru gembur-gemburkan nasi menggunakan garfu supaya nasi tak patah.
– Akhir sekali, taburkan bawang goreng.

Ayam masak merah

Bahan-bahan:

• 1/2 ekor ayam
• 2 cawan cili kisar
• 1 biji bawang besar*
• 4 ulas bawag putih*
• 1 inci halia*
• 4 ulas bawang merah (dihiris halus)
• Rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, pelaga , bunga lawang)
• 2 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 cawan air
• Garam dan gula secukupnya
• Daun bawang/daun ketumbar

Cara-cara:

– Kisar bahan-bahan yang bertanda *
– Ayam digaul dengan serbuk kunyit, garam dan goreng sehingga masak.
– Guna minyak goreng ayam tadi, goreng bawang merah yang sudah dihiris dan angkat ketepikan.
– Tumiskan bahan kisar dan rempah 3 sekawan.
– Bila naik bau, masukkan cili kisar.
– Tumis sehingga cili garing.
– Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
– Masukkan air dan tambah perasa dengan garam dan gula.
– Bila mendidih masukkan ayam dan biarkan seketika.
– Taburkan bawang merah goreng tadi dan tutup api.
– Hiaskan dengan daun ketumbar/daun bawang.

Kurma ayam kentang

Bahan-bahan:

• Beberapa ketul ayam dipotong kecil
• 2 biji kentang
• 1 biji lobak merah
• 1 biji tomato
• 1/2 kotak santan
• 1 peket rempah kurma
• Minyak untuk menumis
• Gula dan garam
• Air secukupnya

Bahan tumis:

• 1 biji bunga lawang, sedikit kulit kayu manis
• 5 biji bawang merah*
• 3 ulas bawang putih*
• 1/2 inci halia*

Cara-cara:

– Hiris halus bahan tumis bertanda *
– Tumis bahan-bahan hiris dan biarkan hingga naik bau.
– Masukkan rempah kurma dan air sedikit.
– Masak sehingga naik minyak.
– Masukkan ayam, ubi kentang, carrot.
– Masukkan santan dan sedikit air.
– Biarkan mendidih.
– Masukkan garam secukup rasa.
– Biarkan kuah masak sehingga pekat sedikit (boleh juga masukkn cili merah/cili hijau jika suka).

Acar mentah (jelatah)

Bahan-bahan:

• 1 biji timun
• 1 biji carrot
• 1 -2 biji cili merah
• 2 biji bawang merah
• sedikit cuka makan
• Garam dan gula

Cara-cara:

– Gaulkan semua bahan dan hidangkan.

Maka, nasi minyak dan lauk-lauknya sudah sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba semua!

Baca :

Buat yang suka simpan bawang besar dipotong separuh dalam peti sejuk, ini perkara penting wajib tahu

Tak cukup ‘saranghaeyo’ kalau belum cuba buat telur kicap Korea ini, sedap makan dengan nasi panas

Sedap sungguh! Kek keju lembut & gebu hanya guna 3 bahan ini