Individu kongsi resipi kepak ayam crispy garlic, terpaling viral dan sedap!

Oleh ISMAIL YAHYA

Sekiranya anda suka makan ayam goreng bawang putih yang pasti akan membuat kita teruja untuk makan.

Tidak hanya kanak-kanak, malah ibu bapa juga suka.

Anda boleh membuatnya di rumah setiap minggu dan jimat!

Individu kongsi resipi kepak ayam crispy garlic, terpaling viral dan sedap!
Individu kongsi resipi kepak ayam crispy garlic, terpaling viral dan sedap!

Ikuti resepi yang mendapat populariti daripada Cik Puan Nor Fazilah Abd Mohd di Facebook, yang telah dikongsi sehingga 6.7K kali!

Bahan perap ayam:

• 1kg kepak ayam – bersihkan
• Butter – dicairkan
• Bawang putih – tumbuk
• Italian seasoning
• Secubit garam

Bahan sos:

• 1/2 cawan mayonis homemade
• 1/4 cawan yogurt Greek
• 2 ulas bawang putih dikisar atau tumbuk
• 1 sudu teh jus lemon
• 1 sudu teh daun bawang cincang halus
• Lada hitam secukupnya

Cara penyediaan ayam:

1. Ambil satu mangkuk kecil dan cairkan mentega, kemudian campurkan dengan bawang putih yang telah ditumbuk.

2. Dalam mangkuk lain, rendam ayam dengan rempah Itali dan garam.

3. Sapukan mentega yang telah dicairkan di atas ayam dan bersedia untuk dimasak. Anda boleh menggunakan ketuhar atau penggorengan udara.

Anda juga boleh menggoreng ayam ini.

4. Terakhir, taburkan keju parmesan di atas ayam yang telah dimasak.

Cara penyediaan sos:

1. Campurkan mayonis dan yogurt Greek dalam satu mangkuk kecil.

2. Masukkan bawang putih yang telah dikisar, jus lemon, dan daun bawang yang telah dicincang ke dalam mangkuk tersebut. Gaulkan semua bahan dengan rata.

3. Tambahkan lada hitam secukupnya untuk memberi perasa. Rasa dan sesuaikan dengan selera anda.

4. Simpan sos Garlic Ranch dalam peti sejuk selama beberapa jam untuk membiarkan perasa dan kepekatan bahan-bahan bercampur dengan baik.

Selamat mencuba resipi ini.

Baca :

Siapa dalam 5 bidang ini boleh mohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2024

Stadium Gaza jadi tanah perkuburuan, rangka dan jasad atlet ditanam di situ

Shakilla Khoriri raih pujian apabila masih melayan baik pemuda yang langgar keretanya hingga ‘rompong’