Ingatkan Anwar Ibrahim je tersenarai dalam 500 Muslim paling berpengaruh, rupanya Siti Nurhaliza pun masuk senarai!

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Sebelum ini ramai sangka hanya Perdana Menteri Anwar Ibrahim tersenarai dalam The Muslim 500:

The World’s 500 Most Influental Muslim edisi 2025 rupanya Datuk Seri Siti Nurhaliza pun termasuk

Bila ditanya apa perasaan penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza tersenarai dalam The Muslim 500:

The World’s 500 Most Influental Muslim edisi 2025. Beliau menitipkan rasa syukur apabila namanya tersenarai.

Siti Nurhaliza Tarudin menyatakan bahawa penghargaan tersebut telah memotivasikan dirinya untuk lebih giat dalam memberikan sumbangan kepada perkembangan dunia Islam.

Ingatkan Anwar Ibrahim je tersenarai dalam 500 Muslim paling berpengaruh, rupanya Siti Nurhaliza pun masuk senarai!

“Alhamdulillah saya rasa bersyukur dan rasa terharu untuk tersenarai dalam The Muslim 500: The World’s 500 Most Influental Muslim.

Ini adalah satu penghargaan yang membuatkan saya rasa apa yang saya buat perlu menyumbang kepada agama dan juga dunia Islam walaupun dalam kategori seni.”-katanya ketika ditemui Murai MY

Berdasarkan catatan The Muslim: 500 The World’s 500 Most Influental Muslim Edisi 2025 yang diterbitkan sebuat pusat kajian bebas, Pusat Kajian Strategik Diraja Islam (RISCC) yang bernaung bersama Institut Pemikiran Islam Diraja Aal al-Bayt berpangkalan di Amman, Jordan,

Siti Nurhaliza disenarai bersama individu berpengaruh dunia termasuklah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta penyanyi dan komposer iaitu Hafiz Hamidun.

BACA: Nak berniaga tapi tiada modal? Keluarga tak membantu, mohon bank pun tak lulus, ini skim kerajaan ramai tak tahu