Ingatkan bersih sangat? Bekas Menteri ditahan bersubahat

Oleh GEMILANGDAILY

Ingatkan bersih sangat? Bekas Menteri ditahan bersubahat. Bekas Menteri yang pernah memerangi jenayah dadah di negara itu disabitkan bersalah oleh juri Amerika Syarikat (AS) dalam kes penyeludupan bahan narkotik, lapor Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.

Genaro Garcia Luna, 54, didapati bersalah mengaut wang berjuta-juta dolar daripada kumpulan penjenayah terbesar Mexico iaitu kartel dadah

Sinaloa selepas ditangkap di negeri Texas, AS pada 2019. Dia mengaku tidak bersalah sebelum ini.

Ingatkan bersih sangat? Bekas Menteri ditahan bersubahat

Namun, berikutan keputusan juri tersebut, dia berdepan hukuman penjara seumur hidup. Luna juga akan menjalani hukuman minimum mandatori penjara 20 tahun, demikian menurut kenyataan daripada Jabatan Kehakiman AS.

Keputusan itu dibuat selepas perbicaraan berlangsung selama empat minggu dan pihak juri membincangkan mengenai hukuman ke atasnya selama tiga hari di Mahkamah Daerah AS, Brooklyn, New York.

Luna yang berpindah ke AS selepas tidak lagi memegang jawatan menteri merupakan pegawai Mexico berpangkat tertinggi yang pernah dibicarakan di AS.

Dia pernah berkhidmat ketika bekas Presiden Mexico, Felipe Calderon berkuasa.

Bekas menteri itu dianggap sebagai ‘arkitek’ dalam perang kerajaan Mexico terhadap dadah dan dikatakan telah berkongsi maklumat dengan kartel Sinaloa mengenai seteru mereka serta memberi maklumat kepada kumpulan itu mengenai operasi penguatkuasaan undang-undang.

BACA: 

“Mohon pejabat agama take note”, selain versi Roadtax digital, netizen gesa sijil nikah versi digital

Sanggup bermusafir ke rumah pada hari jumaat semata-mata tidak mahu solat jumaat, ini pendapat ulama