Ingatkan Bung Mokhtar masa muda, bila baca cerita baru tahu silap orang rupanya

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Nampak sama tetapi bukanlah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Itu reaksi ramai orang apabila kali pertama melihat gambar terpampang yang dikongsikan Zahriman Alias menerusi artikelnya.

Ikuti tulisan beliau mengenai Chong Chor yang merupakan seorang komander Unit Penggempur Keenam Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah melibatkan diri dalam aktiviti pengganas komunis lebih 50 tahun.

Ingatkan Bung Mokhtar masa muda, bila baca cerita baru tahu silap orang rupanya
Ingatkan Bung Mokhtar masa muda, bila baca cerita baru tahu silap orang rupanya

Chong Chor akhirnya ditangkap oleh polis Cawangan Khas (SB) di hadapan kedai tekstil Globe Silk Store di Jalan Tunku Abdul Rahman bersama pengawal peribadinya, Yeong Nam pada 2 Mac 1988 ketika itu beliau berusia 66 tahun.

Inilah orang yang paling banyak bawa musibah kepada negara, berbilion ringgit wang negara terbazir kerana kegiatannya.

Beratus-ratus anggota keselamatan gugur dan menjadi OKU kerana tindakannya.

Ramai para isteri dan anak-anak jadi terseksa hidup mereka. Semua angkara dia.

Dia amat licik sehingga pasukan keselamatan tidak pernah mengenali rupanya sehingga saat dia ditangkap.

Dia sangat licik dalam hutan, sehingga tentera yang menghantar 5,000 anggota ke hutan Janda Baik untuk menangkapnya masih gagal.

Diketahui umum, dua orang pegawai pangkat besar, seorang Brig General Chong dari tentera dan seorang lagi Supt Chong dari SB berebut-rebut sesama mereka untuk menangkap si dia ini selama bertahun-tahun tetapi tidak berhasil.

Akhirnya, Chong kecil juga yang berjaya tangkap dia. Anehnya, dia bukan ditangkap dalam hutan belantara, tetapi di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur.

Chong kecik yang dimaksudkan ialah kawan atok Ah Chong @Hashim Kamaruddin @Kenny.

Kenny tangkap dia di depan Globe Silk Store dan sumbat belakang van F Team, bawa terus ke Taman Tasik Titiwangsa.

Kenny duduk di sebelahnya dalam van. Ketika itu perasaan Kenny bercampur baur.

Separuh hati ingat nak terus bawa orang tua ini ke tepi tasik, benamkan dia sampai membobok-bobok kerana dialah yang paling banyak membawa angkara kepada negara dan bangsa.

Namun, sebagai seorang yang penuh iman di dada dan penuh disiplin sebagai pendukung amanat rakyat, Kenny berjaya menahan sabar.

Dia mengorak suatu senyuman. Tiba-tiba terasa bangga. Dialah orang pertama dalam kalangan pegawai keselamatan yang dapat bersua muka dengan seorang yang sangat hebat dari segi kepimpinannya.

Kenny membuka kata, “Cho San, Uncle Chong….Selamat pagi uncle Chong” …ye, orang itu tak lain tak bukan adalah Chong Chor.

Chong Chor mengambil masa, untuk menjawab…dia merenung tepat ke muka Kenny…Apa mau…” katanya dalam nada serius.

Kenny tidak menjawab, dia terus melempar senyuman kepada Chong Chor lalu Chong Chor pun tersenyum.

Chong Chor masa ditangkap umur 60-an. Dia menyertai komunìs di zaman Jepun, menjadi anggota MPAJA semasa berumur 14 tahun.

Kemudian berjuang untuk komunis menentang kerajaan sehingga 1960.

Selepas itu, dia mengikuti PKM berundur ke sempadan tanah air dengan Thailand untuk berehat sambil mengumpul tenaga semula dan mengatur strategi baru untuk menyambung perjuangan menentang kerajaan.

Tahun 1968, Chong Chor dihantar sebagai ketua panglima perang PKM menyusup masuk semula ke Semenanjung.

Dialah ketua kepada semua ketua unit-unit PKM di Semenanjung.

Chong Chor menempatkan dirinya di hutan Pahang sekitar Janda Baik hingga ke Karak, mengetuai satu pasukan pengganas yang utuh, the 6th Assault Unit.

Baca :

Masuk sekolah tahfiz rasa macam ‘jauh’ dah pergi, pengakuan lelaki ini mengundang doa warganet

Dah ada kes umur 11 tahun pun kemurungan, pakar psikiatri ini dedah punca budak cenderung bunuh diri

Mahal sangat kos kahwin di negara sendiri, mahu nikah di Thailand? Ini nasihat ejen bertauliah