Ingatkan ‘jackpot’ bila minta cerai rupanya ‘habuk pun takda’, pemain bola terkenal simpan semua duit dalam akaun ibu

Oleh GEMILANGDAILY

Ingatkan ‘jackpot’ bila minta cerai rupanya ‘habuk pun takda’, pemain bola terkenal simpan semua duit dalam akaun ibu.

Bekas isteri pemain bola sepak Maghribi, Achraf Hakimi, Hiba Abouk gagal memperoleh separuh daripada kekayaannya

selepas Hakimi dilaporkan tidak mempunyai apa-apa harta atas namanya, lapor akhbar Sepanyol, Marca.

Ingatkan 'jackpot' bila minta cerai rupanya 'habuk pun takda', pemain bola terkenal simpan semua duit dalam akaun ibu

Menurut laporan itu, Hiba meminta separuh daripada harta dan kekayaan Hakimi ketika memfailkan cerai, namun dia dimaklumkan Hakimi tidak mempunyai apa-apa harta atas namanya dan semua aset yang dimilikinya adalah atas nama ibunya.

Laporan itu menambah bahawa ibunya adalah penerima gajinya.

Menurut laporan oleh Morocco World News, Jun lalu, pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu adalah pemain bola sepak Afrika yang keenam menerima gaji tertinggi iaitu lebih daripada AS$215,000 (RM1.1 juta) seminggu.

Hakimi menghadapi pertuduhan merogol selepas seorang wanita berusia 24 tahun melakukan dakwaan itu pada Februari lalu.

Polis membuka siasatan berhubung kes itu walaupun mangsa dikatakan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia hanya mahu ‘membuat kenyataan dirogol’ tanpa mengemukakan aduan rasmi.

Bulan lalu, Hiba buat kali pertama bersuara berhubung dakwaan rogol terhadap Hakimi apabila berkata dia akan sentiasa berada di sisi mangsa.

Dia juga memutuskan untuk berpisah dengan Hakimi sebelum suaminya itu berdepan dakwaan merogol, tetapi tidak menjelaskan sebab di sebalik perpisahan itu.

Hiba, dikenali Hakimi pada 2018 ketika dia beraksi untuk Dortmund di Jerman, berusia 12 tahun lebih tua daripadanya.

BACA: 

Kenapa minggu lepas panas gila! Sampai tidur malam pun berpeluh? Ini jawapan Met Malaysia yang ramai nak tahu

Pemandu grab kongsi kisah surat terselit dekat wiper, isi surat tersebut buat pemandu grab teringat kisah lalu..