Ingin ‘open house’ jadi mudah & tenang? Pastikan anda buat perkara ini terlebih dahulu

Oleh AHMAD BADRUL

Hari Raya sudah semakin hampir dan ramai yang mula merancang untuk menganjurkan open house bagi menyambut kedatangan tetamu dan sanak saudara. Berikut adalah beberapa tips yang berguna untuk anda yang merancang untuk membuat open house sempena Hari Raya.

Pastikan anda menetapkan tarikh dan waktu yang sesuai apabila merancang untuk mengadakan open house sempena Hari Raya.

Ambil kira jadual keluarga dan tetamu yang dijemput agar tiada yang terpaksa terburu-buru atau menangguhkan aktiviti lain demi kehadiran mereka. Elakkan juga dari menjadualkan open house pada waktu malam.

Ingin 'open house' jadi mudah & tenang? Pastikan anda buat perkara ini terlebih dahulu
Ingin ‘open house’ jadi mudah & tenang? Pastikan anda buat perkara ini terlebih dahulu

Pastikan anda menyediakan senarai tetamu dengan teliti dan menghantar undangan kepada mereka dengan mencukupi masa untuk mereka merancang kehadiran. Jangan lupa sertakan link lokasi rumah anda sekiranya boleh.

Perkira jumlah tetamu yang dijemput supaya makanan dan minuman yang disediakan mencukupi. Beritahu juga pihak pengawal keselamatan jika rumah anda mempunyai.

Tidak lengkap open house tanpa makanan dan minuman. Pertimbangkan untuk menyediakan makanan mudah dimakan seperti nasi kotak, sandwich, kuih, atau snek ringan. Pastikan juga ada minuman seperti teh, kopi, air, atau minuman ringan yang mudah diambil.

Dekorasi boleh memeriahkan suasana acara anda. Pilih dekorasi yang sesuai dengan tema Hari Raya seperti ketupat dan lampu.

Pasang muzik yang sesuai untuk mencipta suasana yang gembira. Elakkan daripada menggunakan pembesar suara yang boleh mengganggu perbualan tetamu.

Pastikan ruang tamu dan ruang makan anda disiapkan dengan selesa untuk tetamu. Sediakan tempat duduk yang mencukupi dan meja makan yang luas. Jangan lupa tempat buang sampah untuk memudahkan tetamu anda.

Semoga tips-tips ini membantu anda merancang dan menjayakan open house anda sempena Hari Raya.

Selamat menyambut dan berkongsi kegembiraan bersama keluarga, sahabat, dan tetamu yang hadir. Selamat Hari Raya!

Baca :

Kaki boros nak menabung? Tips simpan duit efektif untuk capai matlamat

Usah bimbang, masalah bau badan boleh diatasi jika anda amalkan tips ini

“Bukan nak tengakkan benang yang basah” – Lepas kantoi tangkap basah, Aliff Aziz & Ruhainies bakal bagi kenyataan Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies yang terliba