Ini 3 sihir yang selalu digunakan oleh orang Melayu, rupanya Ustaz Kazim kena salah satu dari sihir ini

Oleh GEMILANGDAILY

Ini 3 sihir yang selalu digunakan oleh orang Melayu, rupanya Ustaz Kazim kena salah satu dari sihir ini.

SIHIR adalah ilmu berkaitan perbuatan halus melalui pertolongan makhluk ghaib sama ada syaitan atau jin yang lebih berfokus kepada perbuatan untuk menyakiti, memudaratkan atau mengelirukan manusia.

Meskipun ada masih pihak yang kurang percaya dan menyangkal kehadiran ilmu sihir namun sehingga ke hari ini ada individu menggunakan cara terkutuk itu untuk membuat kejahatan terhadap orang lain.

Ini 3 sihir yang selalu digunakan oleh orang Melayu, rupanya Ustaz Kazim kena salah satu dari sihir ini

Sebagai contoh, pendakwah selebriti, Ustaz Kazim Elias baru-baru ini berkongsi penderitaan dialami beliau sejak lapan bulan lalu yang menyebabkan luka di seluruh badan termasuk muka dan penyakit misteri itu dipercayai sihir katak.

Itu antara sebahagian jenis ilmu sihir yang sering digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu seperti santau, sihir penunduk dan ilmu pukau untuk memudaratkan orang lain.

Mengulas lanjut tentang amalan syirik itu, Ketua Pusat Rawatan Darul Syifa Murtadha, Ustaz Nur Muhammad Murthada Mohd Anuar berkongsi pengalamannya berdepan dengan tiga jenis sihir yang sering dialami pesakitnya sepanjang beliau merawat pesakit di pusat perubatan Islam di Pasir Mas, Kelantan.

1) Santau

Menurut Murtadha, santau merupakan ilmu sihir yang kerap digunakan oleh masyarakat melayu dengan tujuan memberikan azab kepada mangsa sehingga pesakit akan mengalami pelbagai simptom seperti muntah darah hanya kerana hasad dengki.

“Ada sahaja pesakit-pesakit saya yang alami muntah darah semua. Malah, tidak kurang mangsa sihir ini berperilaku panas baran dengan mengamuk tak tentu hala sehingga keluar dari rumah.

“Pernah juga saya mendapat panggilan dari dukun ataupun orang Melayu kita panggil bomoh dari yang menghantar itu dengan amaran supaya saya tidak mengacaunya lagi. Namun,Alhamdulillah banyak yang saya berjaya rawat.

“Santau ini hasad dengki orang juga. Jika diizin ALLAH, maka matilah orang itu. Jika si hasad dengki itu nak mangsa mati dalam lima minit hingga 10 minit, maka matilah dia. Tapi hanya ALLAH sahaja yang tentukan, bukan iblis dan syaitan,” katanya kepada Majoriti.

sihir2

Santau mengakibatkan pesakit akan mengalami pelbagai simptom seperti muntah darah.

2) Hantu Raya

Murtadha yang berjaya mengubat hampir 1,000 mangsa sihir berkata, selain santau, gangguan jin hantu raya juga sering digunakan dengan niat untuk merosakkan perniagaan orang ramai.

“Gangguan jin makhluk halus yang popular sekali hantu raya. Seringnya digunakan untuk merosakkan perniagaan.

“Penghantar ini ada hasad dengki dengan perniagaan orang. Ramai orang Melayu Islam yang syirik kepada ALLAH SWT dengan jumpa bomoh hanya kerana dengki dengan perniagaan orang,” katanya.

3) Gangguan pocong dan saka

Menurutnya Murtadha, gangguan berupa pocong dan saka ini boleh menjejaskan kesihatan mangsa sehingga menyebabkan mereka lumpuh dan tidak boleh melakukan kerja seharian.

“Ada seorang pakcik ni dia sampai lumpuh disebabkan gangguan pocong itu. Selalu orang yang hantar ini adalah kerana dengki. Pada awalnya pesakit saya pergi hospital untuk cek namun doktor sahkan bukan strok apa semua. Doktor kata mungkin benda lain yang buat dan sarankan rawat guna perubatan Islam.

“Pakcik itu pun datang jumpa saya. Saya ikhtiar mengubati pesakit itu. Selepas berapa hari, dia telefon yang dia dah boleh berjalan dan bawa kereta pun boleh. Jika tiba-tiba saja anda lumpuh, jika bukan faktor kesihatan, itu adalah gangguan pocong,” katanya.

Amalan hindar sihir

Dalam pada itu, Murtadha juga memberitahu cara menghindari sihir iaitu dengan sering mengamalkan bacaan al-Quran, berzikir serta selawat kepada Nabi Muhammad SAW.

“Sering juga mengingati ALLAH kerana ALLAH adalah sebaik-baik pelindung. Solat jangan lupa dan rajinkan berselawat, Insya-ALLAH akan dihindari dari sihir santau dan lain-lain.

“Siapa-siapa yang syirik kepada ALLAH, ALLAH tidak akan menerima segala amalannya seperti solat dan puasanya. Semoga kita terhindar dari gangguan-gangguan ini, Insya-ALLAH,” katanya

BACA:

Kenapa orang luar negara gelar KLCC adalah simbol korupsi, ini ceritanya

Pemuda ini kongsi 7 cara simpan duit gaji elak ‘kering’ ditengah bulan, rupanya ini cara orang tua kita saving