Ini 8 kelebihan yang ada pada telegram tapi tiada di Whatsapp yang ramai tak tahu, no.4 tu ramai suka

Oleh GEMILANGDAILY

Ini 8 kelebihan yang ada pada telegram tapi tiada di Whatsapp yang ramai tak tahu, no.4 tu ramai suka.

Semua sedia maklum, kita di Malaysia sejak sekian lama telah selesa menggunakan aplikasi Whatsapp sebagai medium komunikasi ‘chat messenger’.

Aplikasi Whatsapp boleh dikatakan app yang wajib ada dalam setiap handphone kebanyakan orang dalam kalangan kita.

Ini 8 kelebihan yang ada pada telegram tapi tiada di Whatsapp yang ramai tak tahu, no.4 tu ramai suka

Kebanyakan urusan baik di pejabat, kelas, urus niaga online mahupun sosial, hampir semua menggunakan Whatsapp.

Jadi, boleh dirumuskan salah satu faktor kenapa Whatsapp begitu popular dalam kalangan rakyat Malaysia adalah kerana jumlah pengguna dalam kalangan kenalan dan urusan kerja yang sangat ramai. Ini menjadikan Whatsapp relevan dan praktikal untuk digunakan dalam urusan seharian.

Namun, ada beberapa kekurangan Whatsapp yang mana fungsi Telegram iaitu satu lagi aplikasi chat messenger dapat atasi dengan kelebihan fungsi yang ditawarkan. 8 kelebihan ini hanyalah sebahagian daripada kelebihan yang ada pada Telegram yang membuatkan Telegram lebih ‘menang’ berbanding Whatsapp.

Dapatkan katil dan banglo kucing eksklusif untuk kucing anda di Lakardanreka. [KLIK]

1. KUALITI gambar

Hantar gambar pakai Whatsapp? Kualiti gambar pasti akan jadi rendah (degrade). Jadi, kalau nak gambar diterima dengan kualiti sama tip top seperti dihantar, gunalah Telegram. Gambar-gambar yang cantik molek diambil pakai handphone kawan tu bolehlah kita simpan secantik kualiti asalnya dalam handphone kita.

Bolehlah sedap sikit upload di FB atau ig. Nak upload kat ig, takkanlah nak bubuh yang kualiti lemau, ye dak? Sempurnakan instagrammu!

Untuk Whatsapp, pengguna perlu memilih untuk menghantar gambar menggunakan pilihan ‘document’ bagi menjaga kualiti gambar yang diterima.
2. PRIVACY – Boleh tetapkan ‘username’

Tidak perlu dedahkan nombor telefon, dengan Telegram kita boleh tetapkan username pilihan. Privacy terjaga. Mungkin ada di antara kita yang perlu berhubung di antara satu sama lain atas urusan tidak rasmi atau ‘once-off’, jadi Telegram adalah pilihan tepat. Kongsikan saja username anda tanpa perlu susah hati untuk berkongsi nombor telefon.

3. PANTAS hantar fail

Pakai Telegram, limit saiz untuk hantar fail adalah besar iaitu sehingga 1.5GB. Puas hati? Dengan 1.5GB saiz yang dibenarkan, boleh hantar macam-macam jenis fail. Tak perlu pening-pening untuk gunakan aplikasi lain (e-mel contohnya) untuk hantar fail selain gambar dan yang bersaiz besar.

Telegram saja fail itu! Lagi best, laju pula tu. Semua beres.

4. PRIVACY

Tak suka atau takut orang belek dan godek handphone? Lepas tu baca pulak semua mesej-mesej kat dalam tu. Tak patut. Tak patut.

Jangan susah hati. Telegram ada fungsi passcode lock. Boleh set password untuk buka Telegram. Pergi ke Setting, kemudian ke Privacy and Security. Tetapkan password di sana. Lepas tu, tak perlu risau lagi kalau-kalau ada orang nak main handphone anda. Hiduplah dengan tenang dan lapang hati.

Tapi sebenarnya, kenapa nak risau eh?

5. SELAMAT dengan Backup chat / uninstall

-Tak kisahlah sengaja atau tak sengaja, sebab memory penuh atau saja-saja, kalau uninstall Telegram tapi lepas tu nak install semula, jangan risau sebab kita akan dapat sebijik balik sama macam sebelum uninstall. 100%. Tidak ada terkurang, tidak ada yang terlepas.

6. Telegram ada CHANNEL

Channel ni sejenis medium penyiaran dan perkongsian info tapi secara ‘one way communication’. Maknanya admin Channel tu sahaja yang akan buat post. Kita yang join ni bolehlah baca update yang dibuat admin.

Best sangat ke Channel Telegram ni?

Best, bro!

1. Tak ada had berapa ramai ahli dalam channel. Masuklah berapa ramai pun. Semapung atau dua kampung? Silakan.

2. Sama macam ahli baru masuk group, baru masuk channel pun kita boleh baca jugak posting yang lama-lama sebelum kita masuk. Tak lost.

3. Ahli boleh pilih untuk tekan butang mute atau unmute.

4. Jumlah views (berapa ramai orang tengok dan baca) bagi setiap post atau mesej dipaparkan pada bahagian kanan bawah setiap post.

Dari semasa ke semasa ada perkongsian penulisan, cerpen, promo, buku baru dan update dari portal iamlejen.com

7. Group – Boleh baca mesej-mesej perbualan sebelumnya

Berbanding Whatsapp, dengan Telegram bila korang dibawa masuk ke dalam grup, korang boleh baca apa geng-geng lama dalam grup tu borakkan sebelum korang masuk. Takdelah lost dan terasa newbie sangat kan?

8. Nightmode & Theme

Macam Twitter, Telegram juga ada pilihan untuk tetapan paparan nightmode. Bila malam menjelma, warna screen akan bertukar menjadi gelap sesedap mata memandang. Tak ada lah silau lagi. Selain itu, boleh juga pilih theme atau cipta theme sendiri untuk pilihan warna yang disukai.

Di Twitter, berikut beberapa maklum balas yang diterima daripada netizen.

Namun, ada juga keburukannya. Yang ni, nasib badanlah.

Jadi sekarang, dah tahu apa kelebihan menarik tentang Telegram, bolehlah cuba download dan install aplikasi ni. Banyak lagi ciri-ciri menarik yang boleh didapati menerusi Telegram. Godeklah sendiri, ok?

BACA: 

Tular video bas rombongan sekolah masuk gaung tapi lain pula yang drebar bas buat, dia boleh lepak minum kopi je!

Ini 10 bangunan rahsia yang ramai tak tahu, yang no.5 tu bukan dekat Malaysia ye