‘Ini bukan sahaja sesat tapi ini soal bodoh’ – Mufti Perlis

Oleh AHMAD BADRUL

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, mengkritik para pengikut GISB Holdings (GISBH), menyatakan bahawa

Mereka bukan sahaja sesat tetapi juga tidak bijak dalam membezakan antara perkara yang benar dan salah dari perspektif agama.

Dalam podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan,

Beliau juga mengulas mengenai kepercayaan bahawa terdapat keberkatan pada tubuh badan guru, yang dianggapnya sebagai perbuatan khurafat yang amat merbahaya.

“Salah guna nama Imam Mahdi, jelmaan Rasulullah” – Perlis menjadi negeri pertama yang mengisytiharkan GISBH sebagai kumpulan ajaran sesat.

'Ini bukan sahaja sesat tapi ini soal bodoh' - Mufti Perlis

Beliau menambah bahawa walaupun Al-Arqam telah lama difatwakan sesat, asas penubuhan semula kumpulan tersebut, yang masih mengekalkan pemujaan terhadap tokoh mereka, adalah serupa.

“Saya bertanya kepada ahli-ahli kumpulan ini berulang kali mengenai hal ini, dan kini kita lihat bahawa mereka yang keluar semua mengaku perkara yang sama. Mereka percaya kepada janggut, air basuhan kaki, dan basuhan tisu. Kultus ini mempunyai kepercayaan bahawa guru mereka mengandungi satu keberkatan pada tubuh mereka. Ini adalah khurafat yang sangat berbahaya,” katanya.

Dr. MAZA menekankan bahawa isu ini bukan hanya soal sesat, tetapi juga soal kebodohan. Beliau menjelaskan bahawa walaupun unsur pengagungan terhadap tokoh agamawan sudah lama wujud dalam masyarakat Melayu, ia tidak seharusnya dilaksanakan secara berlebihan.

“Jika hanya untuk mengambil keberkatan dengan kata-kata ringan seperti ‘ambil keberkatan enta Sheikh’, itu tidak mengapa.

Tetapi jika sampai menganggap bahawa ‘awak minum air ini dan diberi kekuatan’ atau ‘tongkat yang diberi oleh Abuya itu mempunyai kuasa untuk menghancurkan kuasa-kuasa besar yang lain’, itu bukan sahaja soal sesat, tetapi juga soal kebodohan.”

Dr. MAZA turut menegaskan dua perkara penting yang membentuk agama seseorang, iaitu kepercayaan dan amalan.

Beliau berkata jika amalan salah tetapi tidak disertai kepercayaan yang salah, individu tersebut tidak akan menjadi sesat. Namun, jika kepercayaan sudah salah, walaupun tiada amalan, individu itu tetap akan sesat.

BACA: