Ini tips tanam pokok betik agar tumbuh subur dan cepat dapat hasil

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Cara menanam pokok betik perlu dilakukan dengan teknik yang tepat agar pokok tersebut dapat menghasilkan buah dengan banyak dan tidak cepat layu.

Jika anda berminat untuk mencuba menanam betik di rumah, anda boleh mengikuti perkongsian oleh Zaiton Hamid di bawah ini.

Beliau menyatakan bahawa terdapat beberapa tips penting yang perlu diketahui dan dibaca sebelum memulakan proses penanaman.

Ini tips tanam pokok betik agar tumbuh subur dan cepat dapat hasil
Ini tips tanam pokok betik agar tumbuh subur dan cepat dapat hasil

Menanam pokok betik bukan perkara yang mudah, anda perlu memiliki pengetahuan terlebih dahulu.

Berikut adalah cara untuk menyemai biji betik:

1. Rendam biji betik dalam air suam selama kira-kira 3 jam dan biarkan kering di bawah matahari panas sehingga ia kering sepenuhnya.

2. Setelah kering, taburkan biji tersebut di atas tapak semaian.

3. Siram tanaman tersebut dua kali sehari untuk membantu dalam pertumbuhannya.

Tunggu sehingga anak pokok mula tumbuh.

Untuk memilih benih betina, pastikan anda:

– Rendam biji betik yang baru diambil daripada buah ke dalam bekas yang berisi air.

– Gaul-gaulkan dan buang biji yang terapung kerana biji yang terapung itu jantan.

– Ambil biji yang tenggelam dan keringkan di bawah sinaran matahari.

– Biji yang sudah kering akan bercambah lebih cepat daripada biji yang basah kerana lapisan pelindung di sekeliling biji menghalang pertumbuhan biji.

Cara menanam anak pokok:

1. Alihkan anak pokok ke lokasi yang sesuai.

2. Pastikan menanam anak pokok betina untuk mendapatkan buah.

– Jika tanam anak pokok jantan, hanya bunga yang akan muncul, tidak ada buah.

3. Untuk mengenal pasti anak pokok jantan atau betina, lihat pada akarnya.

– Akar yang memanjang ke bawah menandakan jantan (tidak perlu tanam, tidak akan berbuah)

– Akar yang berselerak menandakan betina (tanam dan tunggu hasilnya)

4. Pokok betik memerlukan banyak air untuk tumbesaran, oleh itu, siram dua kali sehari dan pastikan air tidak bertakung agar pokok tidak mati.

5. Jika ingin betik berbuah rendah, tanam semua batang pokok itu dalam tanah semasa menanam.

Biarkan hanya sedikit bahagian atas batangnya.

Mudah kan?

Selamat mencuba menanam dan semoga berguna!

Baca :

‘Tanya sepatah, jawab sepatah’ – Jawapan gadis ini buat pegawai terkejut, telan air liur

“Cuma aktifkan bila perlu” – Individu kongsi tips yang boleh menjimatkan elektrik di rumah

Basuh tangan guna air sirap kenduri rupanya haram, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus