Istana Negara ada 3 pintu masuk, ini kategori tetamu yang dibenarkan laluinya

Oleh GEMILANGDAILY

Istana Negara ada 3 pintu masuk, ini kategori tetamu yang dibenarkan laluinya.

Sejak daripada perletakan jawatan Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir pada 24 Februari lalu, pintu masuk Istana Negara dilihat semakin sibuk ‘terbuka’ menerima kunjungan tetamu yang terdiri daripada pelbagai pihak.

Istana Negara ada 3 pintu masuk, ini kategori tetamu yang dibenarkan laluinya

Selepas Jumaat hari ini, Istana Negara telah menerima kunjungan daripada Raja-Raja Melayu bagi menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-Raja bagi membincangkan perkembangan politik semasa tanah air.

Semasa isu kehangatan politik tanah air ini, tahukah anda tiga pintu masuk Istana Negara hanya boleh dimasuki oleh tetamu-tetamu tertentu sahaja?

Haaa, pasti anda tidak tahu kan? Jadi sekarang mari kita belajar mengenai tetamu yang bagaimana dibenarkan memasuki pintu-pintu tertentu.

Fungsi Pintu Masuk Istana Negara

Istana Negara dibina merangkumi kepada tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran.

PINTU GERBANG MASUK UTAMA

Pintu yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta ini adalah bagi kegunaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri-Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan.

PINTU DUA

Pintu yang terletak di Jalan Semantan-Dungin adalah pintu mask bagi Tetamu-Tetamu Diraja.

PINTU TIGA

Pintu yang terletak di Jalan Seri Hartamas, Mont Kiara adalah untuk kegunaan rakyat yang ingin berurusan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta Pentadbiran Istana Negara.

BACA:

Tahukah anda? Ini 6 rahsia PUSPAKOM yang korang tak tahu! No.5 tu mengejutkan!

Ini 3 sihir yang selalu digunakan oleh orang Melayu, rupanya Ustaz Kazim kena salah satu dari sihir ini