Isteri founder Misi Rakyat dedah rutin harian sebenar suaminya disebalik kejayaan kutip RM9 juta Baby Naail

Oleh GEMILANGDAILY

Isteri founder Misi Rakyat dedah rutin harian sebenar suaminya disebalik kejayaan kutip RM9 juta Baby Naail.

Kejayaan kutipan derma berjumlah RM9 juta untuk menampung kos rawatan Baby Naail secara tidak langsung turut memperkenalkan Tabung Misi Rakyat kepada lebih ramai pihak.

Sejak semalam juga, Founder Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi telah melancarkan kutipan baru untuk Adik Athif pula.

Isteri founder Misi Rakyat dedah rutin harian sebenar suaminya disebalik kejayaan kutip RM9 juta Baby Naail

Segala kos operasi pihak saya tanggung sendiri…1 hari nanti saya akan kembali pada-Nya

Sehingga kini, sumbangan rakyat Malaysia untuk Baby Athif telah mencapai lebih RM400,000 dan seorang lagi usahawan iaitu Abang Anas Zahrin turut mendermakan RM50,000.

Ahmad Faiz berkongsikan satu berita terbaru di mana sistem Misi Rakyat kini sudah didaftarkan secara rasmi. Tanpa mengharap sebarang balasan, dia tetap dengan prinsip enggan mengambil apa-apa kos operas

Abang tak penat ke? Penat, tapi abang ada tanggungjawab…Langit cerah pun abang tak tidur

@akakfounder Terima kasih rakyat malaysia.. belum sebulan akhirnya kita capai 9 juta untuk baby nail ❤️ @Founder Misi ♬ original sound – Akak founder????????????????

Mungkin ada yang beranggapan mengendalikan sistem ini adalah benda mudah. Namun isterinya ada memuat naik beberapa video rutin harian menjadi bukti kerja keras dan ketulusan suaminya mengelola projek tersebut.

Hanya tidur selama 3 jam sehari, masa selebihnya banyak dihabiskan untuk memantau sistem di hadapan komputer.

@akakfounder Macam ni lah abg @Founder Misi ♬ original sound – Akak founder????????????????

Kami semua menjadi saksi segala pengorbanan Founder Misi Rakyat

Melalui ruangan komen, ramai netizen kagum dan mendoakan semoga Allah membalas segala kebaikan Founder Misi dalam memperjuangkan satu sistem dana yang telus. Sosok seorang isteri yang sentiasa menjadi tulang belakang suami turut menjadi pujian.

Sejak dimuat naik sehari lalu, rakaman milik akaun TikTok Akak Founder meraih hampir 1 juta tontonan di aplikasi TikTok.

BACA:

“Pak Lang tak ada bulu, dia bawa gajah handsome juga”, budak 6 tahun dedah cerita sebenar bukan dia yang bawa kereta

Floor88 rugi RM2.6 juta, Eric dedah ini semua kerja ‘orang dalam’