Isteri Hashim Jasin meninggal dunia

Oleh GEMILANGDAILY

Isteri Hashim Jasin meninggal dunia. Isteri kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada petang Khamis.

Allahyarhamah Datin Sarah Rejab, 77, meninggal dunia kira-kira pukul 7 petang akibat kegagalan fungsi hati.

Bekas Ketua Dewan Muslimat Pas negeri itu mendirikan rumah tangga bersama Hashim yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang sejak lebih 50 tahun.

Isteri Hashim Jasin meninggal dunia

Pasangan itu mempunyai lima orang cahayamata iaitu, Nabilah, Faiz, Hamimah, Nadia dan Husna.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dalam status Facebooknya yang turut menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.

“Mendapat perkhabaran duka, Datin Sarah Rejab, Isteri kepada Tuan Guru Hashim Jasin, Mursyidul Am Pas telah pergi menghadap Ilahi.

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan semoga kuat dan tabah menghadapi kehilangan insan tersayang,” katanya.

Sementara Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim turut memuat naik status berkenaan di laman sosial ketika menziarahi Hashim di kediamannya pada malam Khamis.

“Semoga roh Allahyarhamah Sarah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman di sisi ALLAH SWT,” katanya.

BACA:

Mursyidul Am Pas perintah UMNO kembali ke MN dakwa ini ‘perintah Tuhan’

Gara-gara susah nak dapat sparepart, juruterbang pesawat ini diminta kurangkan guna brek pesawat