Jadi PM hasil tebuk atap, sekali lain pula jadi bila tewas PRU Thailand

Oleh GEMILANGDAILY

Jadi PM hasil tebuk atap, sekali lain pula jadi bila tewas PRU Thailand.

Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha dikatakan tidak akan meneruskan kerjaya politik beliau selepas partinya mengalami kekalahan dalam pilihan raya umum negara itu.

Timbalan pemimpin United Thai Nation, Thanakorn Wangboonkongchana, berkata walaupun perkara itu tidak disebut, namun beliau berpendapat bahawa Prayut mungkin akan berhenti.

Jadi PM hasil tebuk atap, sekali lain pula jadi bila tewas PRU Thailand

Beliau merujuk kepada Prayut, 69 tahun, yang bertanding jawatan perdana menteri di bawah panji United Thai Nation.

Keputusan awal terbaharu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand menunjukkan parti pesaingnya Move Forward dan Pheu Thai berada di dua tempat teratas pada perlumbaan pilihan raya, Ahad lalu.

Parti Move Forward mendahului dengan 152 kerusi, diikuti Pheu Thai dengan 141 kerusi. Bagi United Thai Nation pula, ia berada di kedudukan kelima dengan 36 kerusi.

Memetik laporan CNA, Thanakorn menyatakan sokongannya kepada Jeneral Prayut dan berkongsi rasa kagumnya terhadap jeneral bersara yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama lebih lapan tahun.

“Beliau bekerja untuk negara sepanjang hayatnya dan berkhidmat selama kira-kira lapan tahun sebagai perdana menteri.

“Saya percaya rakyat Thailand di seluruh negara tahu beliau melakukan begitu banyak untuk negara dan bahawa beliau tidak pernah dicemari oleh apa-apa pun, termasuk rasuah,” kata timbalan ketua parti itu.

“Saya percaya bahawa sekurang-kurangnya, Jeneral Prayut atau Uncle Tu akan kekal di hati rakyat Thai untuk jangka masa yang lama,” katanya.

Prayut menjadi perdana menteri pada 2014 selepas mengetuai rampasan kuasa untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi oleh Yingluck Shinawatra.

Tentera memerintah Thailand selama hampir lima tahun sebelum pilihan raya umum diadakan pada 2019 di bawah perlembagaan baharu yang ditulis oleh jawatankuasa yang dilantik oleh tentera.

Ketika itu, Prayut adalah calon perdana menteri tunggal parti pro-junta Palang Pracharat.

Parti itu berjaya membentuk kerajaan dengan sekutu politiknya, walaupun Pheu Thai mempunyai majoriti kerusi di Dewan Rakyat.

Prayut menyertai pilihan raya Ahad lalu dan berharap untuk terus berkuasa selepas lebih lapan tahun memegang jawatan.

BACA: 

Betul ke jasad mayat bapa kemodenan Turkiye, Mustafa Kamal Atarturk tak diterima bumi?

Berang aduan tak dilayan dengan alasan tiada peruntukan, sekali lain pula yang jadi bila guru ini panjat siling kuarters