Jaga OKU terlantar? Pesakit kronik terlantar? Ini cara mohon bantuan RM500 ramai tak tahu

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Adakah anda tahu bahawa dalam Belanjawan 2023 tahun lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan khas

Untuk bantuan penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) atau pesakit kronik terlantar (BPT)?

Bantuan penjagaan OKU terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) merupakan satu bentuk bantuan kewangan yang termasuk dalam Belanjawan 2023.

Jaga OKU terlantar? Pesakit kronik terlantar? Ini cara mohon bantuan RM500 ramai tak tahu

Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik dengan tujuan untuk meringankan beban keluarga/ penjaga.

Ini juga bertujuan untuk memberi galakan kepada keluarga/ penjaga agar dapat menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik. Kerajaan telah memperuntukkan RM500 sebulan kepada pemohon yang layak memohon BPT ini.

Kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut: Anda mesti menjadi warganegara dan tinggal di Malaysia sahaja. Pemohon juga perlu menjadi penjaga sepenuh masa atau memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar atau pesakit terlantar atau pesakit kronik yang memerlukan penjagaan dan pengawasan.

Selain itu, pendapatan isi rumah pemohon tidak boleh melebihi RM3,000. Pelaksanaan bantuan kebajikan ini selaras dengan senarai Bersama (Concurrent List) antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara untuk memohon adalah seperti berikut: Permohonan boleh dibuat di mana-mana peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan akan disiasat oleh pihak JKM untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan keperluan pemohon.

Pemohon juga digalakkan membawa dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan diri pemohon, salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama. Salinan sijil kelahiran anak-anak atau ahli keluarga yang tinggal bersama juga diperlukan. Dokumen lain termasuk salinan penyata gaji (jika ada) dan dokumen berkaitan lain boleh diserahkan kepada pejabat kebajikan masyarakat.

Untuk memudahkan urusan, pemohon boleh melengkapkan borang JKM18 (Borang Permohonan Bantuan) atau JKM20 (Borang Kaji Semula Bantuan).

disini : https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JKM%2018%20BORANG%20PERMOHONAN%20BANTUAN(2).pdf

Borang: https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JKM%2020%20BORANG%20KAJI%20SEMULA%20BANTUAN(2).pdf

BACA: “Kenapa nak kahwin juga dengan betina tu sedangkan hari-hari dia hina awak, awak tu dah ada isteri dan anak-anak, jawapan suami buat aku terduduk”