Jangan biar suami cari tin Dunlop, rupanya ini sebab Hafiz Mahamad jadi sebutan ‘kakak-kakak KRT’

Oleh AHMAD BADRUL

Ada yang berseloroh melihatkan trend kegilaan kaum Hawa terhadap sosok pempengaruh bernama Hafiz Mahamad yang silap-silap boleh membuatkan para suami cari tin Dunlop.

Hafiz sebelum ini menarik perhatian netizen apabila berpuluh kali suka buat kejutan kepada isterinya termasuk sewa khas sebuah dewan pawagam sempena hari ulang tahun kelahiran suri hatinya itu.

Dia teruk kena kecam selepas memuat naik rakaman video memaparkannya bersama pasukan bergelut dengan jemaah umrah lain dari serata dunia untuk mencium hajarul aswad.

Jangan biar suami cari tin Dunlop, rupanya ini sebab Hafiz Mahamad jadi sebutan 'kakak-kakak KRT'

Video yang menerima kecaman dan kritikan pelbagai pihak itu akhirnya diturunkan Hafiz selain membuat permohonan maaf atas tindakannya itu.

Ikuti ‘bebelan’ lucu dan menghiburkan daripada Rika Sumanto mengenai ‘fenomena’ Hafiz Mahamad ini:

Saya pun cari profil Hafiz Mahamad. Itu sebab nak tahu siapa dia.. majistret? lawyer? ahli muzik?

Semua juga bukan…

Hasil pemerhatian saya hanya mendapati isteri beliau menjual produk skincare jenama Ainaa.

Saya tidak menemui apa-apa maklumat profesion beliau, maka saya andaikan beliau buat pemasaran untuk produk isterinya sahaja.

Jenama Ainaa menurut carian saya tiada banyak variasi produk. Mereka ada sebuah klinik aesthetic tapi tak banyak maklumat tentangnya juga.

Jadi, dengan keluaran produk yang agak sendu, apa yang membuatkan Hafiz Mahamad jadi terkenal hingga ada lebih 2 juta pengikut?

Idaman wanita Melayu

Sekali lagi menurut pemerhatian saya, beliau beroleh “fame & fortune” semata-mata kerana diminati ramai perempuan dan majoritinya ialah kakak-kakak KRT (kumpulan Facebook Kisah Rumah Tangga mempunyai hampir setengah juta pengikut).

Hafiz Mahamad menjadi kegilaan kerana membentuk imej suami idaman wanita Melayu.

Rajin workout, jaga penampilan, selalu buat lawak tak kelakar, patuh perintah isteri, suka puji isteri di media sosial, belikan barang-barang mewah dan bawa isteri pergi bercuti.

Jenis yang profilnya dipenuhi komen wanita:

“Kita nak suami macam ni”…

“Kenapalah suami kita tak macam dia”…

“Bilalah suami kita nak jadi macam dia”…

Malang sungguh, nasib sebahagian insan bergelar suami.

Sudahlah gaji kecil, majikan suka memaki, kerja berat, muka tak kacak dan berminyak pula.

Balik ke rumah ditanya isteri bila nak jadi macam Hafiz Mahamad. Macam manalah suami tak mencari tin Dunlop.

Oh, satu lagi maklumat tambahan. Hafiz Mahamad menerbitkan filem tajuk Misi Ainaa. Kontroversi bodoh-bodoh mungkin berguna sebagai promosi filem.

Mujur ia hanya ditayangkan di media sosial. Kalau di pawagam, semakin menderitalah suami kakak-kakak KRT dipaksa isteri pergi menonton.

Isteri pula order popcorn combo besar dalam bekas limited edition Dune. Fuhhhh..! Rabak poket… dua minggu cuti hisap John dBlend!

Baca:

Lidah alami luka & mulut pedih, pelanggan muntah darah lepas makan pencuci mulut

Tercari-cari cara jimatkan duit? 3 benda ini rupanya banyak terbangkan gaji anda

Netizen puji tindakan pemuda jaga pandangan ketika bertentangan mata dalam program memasak