“Jangan buka aib orang, kalau Tuhan buka aib hang macam mana”

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Pelakon Sharnaaz Ahmad menasihati pasangan yang sudah berkahwin agar tidak memburukkan satu sama lain apabila berpisah.

Menerusi rakaman siaran langsung yang dikongsikan semula di TikTok, Sharnaaz atau nama lengkapnya

Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berpendapat bahawa sikap membuka aib pasangan bukan sahaja menjejaskan imej seseorang malah turut memberi kesan terhadap emosi anak, kelak.

Jangan buka aib pasangan yang pernah hang sayang. Ingat, orang yang hang marah tu adalah bapa.

Kalau Fattah nak bercakap apa-apa pun, itu adalah mak Fatima juga.

“Jangan buka aib orang, kalau Tuhan buka aib hang macam mana”

Jadi berhati-hati. Jangan burukkan. Biar macam mana sekalipun, biar anak tu hormat mak ayah dia.

Anak satu hari nanti akan besar, akan baca dalam Internet apa yang mak dan bapa dia cakap tentang satu sama lain.

Meksipun begitu, Sharnaaz memaklumkan bahawa dia tidak berniat untuk masuk campur hal perceraian Fattah dan Fazura sebaliknya nasihatnya itu adalah untuk renungan pasangan yang sudah berumah tangga.

Aku tak nak komen tentang kesusahan orang. Kalau dah rasa tak boleh hidup sama, baguslah.

Bawa hal masing-masing. Ingat, apa yang kita buat hari ni. Tuhan akan tunjuk balik apa yang kita selindung selama ni.

Tapi Alhamdulillah, masa aku cerai dulu tu aku boleh sabar. Yang penting niat kita, adalah anak. Jangan buka aib orang, kalau Tuhan buka aib hang macam mana.

BACA: Bekas kekasih doakan semua urusan Fattah Amin dipermudahkan