Jangan gelojoh! Ini tips beli rumah pada usia muda, yang penting minta pendapat orang tua

Oleh ISMAIL YAHYA

Dalam artikel ini, anda akan mempelari tips beli rumah pada usia muda yang telah dikongsikan oleh pengguna Facebook iaitu Ihsan Zainal.

Rumah pertama aku beli dulu berharga RM44K bagi aku, dah la buruk kecik itu pun kena paksa dengan mak tapi selalunya orang tua kita ni nampak apa yang kita tak nampak..

Selalunya mereka tahu kemampuan dan pilihan yang ada ketika itu aku tak pernah menyesal jadi sesiapa yang masih ada mak ayah, tanya pendapat mereka atau jika korang rasa mereka mungkin tak mahir hartanah di bandar-bandar besar tanya kawan-kawan yang ada pengalaman.

Jangan gelojoh! Ini tips beli rumah pada usia muda, yang penting minta pendapat orang tua
Jangan gelojoh! Ini tips beli rumah pada usia muda, yang penting minta pendapat orang tua

Harga rumah hari ini dah la dijual dengan harga masa depan interest pulak kira-kira sekali ganda dari harga rumah jadi pilihlah rumah yang ada ciri-ciri begini:

1. Harga lantai masih lingkungan harga pasaran semasa

2. Maintenance fees yang selari dengan penyediaan kemudahan fasiliti

3. Pemilihan bank yang menawarkan market value tertinggi dengan interest rate yang rendah

4. Kawasan yang mempunyai daya permintaan dengan unit yang tidak over supply

5. Tidak terpengaruh tawaran yang sekadar menawarkan harga yang murah tanpa mengkaji faktor-faktor tersembunyi

6. Lakukan lawatan tapak projek atau perumahan agar tahu keadaan sekeliling sebelum meneruskan niat

7. Beli rumah pelaburan sepertimana rasa nak beli rumah untuk kita tinggal.

8. Kalau ada rumah yang dijual murah walau buruk, beli je tu kerana buruk tu boleh dicantikkan tapi rumah yang mahal itu sukar untuk kita kurangkan komitmennya.

Orang muda jangan takut beli rumah, tapi patut rasa takut untuk beli rumah yang salah.

Semoga ilmu ini bermanfaat dan semua urusan anda semua dipermudahkan.

Kredit: Ihsan Zainal

Baca :

‘Budak tu tak buat salah apa-apa pun kena marah’ – Ramai ibu bapa terlampau manjakan, berkeras didik anak

Ini tips tanam pokok betik agar tumbuh subur dan cepat dapat hasil

Cuba 6 cara ini jimatkan bateri telefon, tidaklah gelabah sangat cari ‘power bank’