Jangan main ‘sapu’ je! Ini 7 jenis makanan yang tidak boleh masak guna ‘air fryer’

Oleh AHMAD BADRUL

Penggunaan ‘air fryer’ semakin menjadi pilihan popular, dan hampir semua jenis makanan dimasak menggunakan perkakas tersebut kerana ia lebih mudah dan pantas.
Walaubagaimanapun, penting untuk diingat bahawa tidak sesuai untuk memasak tujuh jenis makanan berikut menggunakan ‘air fryer’.

Ini bukan sahaja boleh merosakkan ‘air fryer’ dengan cepat, tetapi juga boleh mengubah tekstur makanan dan menjadikannya tidak sedap.

Jangan main 'sapu' je! Ini 7 jenis makanan yang tidak boleh masak guna 'air fryer'
Jangan main ‘sapu’ je! Ini 7 jenis makanan yang tidak boleh masak guna ‘air fryer’

Pastikan anda menggunakan ‘air fryer’ dengan betul dan mengelakkan daripada memasak makanan yang tidak sesuai dengan alat ini.

Senarai makanan tidak boleh masak menggunakan ‘air fryer’:

1. Telur rebus

Perlu diingat bahawa telur rebus tidak sesuai dimasak dengan menggunakan ‘air fryer’.

Ini disebabkan boleh mengubah tekstur telur menjadi lebih kenyal.

2. Nasi

Memasak nasi menggunakan air fryer sangat tidak sesuai kerana ‘air fryer’ bukan berfungsi untuk merebus atau mengukus makanan.

Anda juga dinasihatkan agar jangan sesekali cuba menambah beberapa titis air untuk memasak nasi di dalam air fryer.

Ia akan membuatkan beras bertambah keras.

3. Pasta

Pasta tidak boleh dimasak guna ‘air fryer’ tetapi anda boleh membakarnya sekejap sekiranya ada keju di atas pasta tersebut.

Ini bertujuan hanya untuk mencairkan keju tersebut.

4. Brokoli

Sesetengah sayur-sayuran boleh dimasak menggunakan ‘air fryer’ tetapi brokoli tidak sesuai kerana akan menyebabkan tekstur berubah menjadi kenyal dan pahit.

5. Popcorn

Snek popular ini tidak boleh dimasak menggunakan ‘air fryer’ kerana tidak sesuai.

Jika dimasak dengan cara biasa akan dapat hasil yang lebih sedap.

6. Masakan berkuah

Hidangan berkuah seperti sos pasta, sup dan lain-lain tidak boleh dimasak menggunakan ‘air fryer’.

Ini kerana apabila mengguna suhu terlalu tinggi, kuah tersebut akan rosak dan tidak boleh dimakan.

7. Makanan bersalut batter

Apa sahaja masakan basah termasuk ayam goreng tidak boleh dimasak di dalam ‘air fryer’ kerana ia boleh menyebabkan perkakas anda kotor dan cepat rosak.

Jadilah pengguna yang bijak dan berhemah.

Kalau rosak, anda yang rugi duit sebab kena beli yang baru.

Baca :

Bukan sahaja bak kut teh, ini 9 lagi makanan diiktiraf Warisan Negara

Punyai pelbagai kebaikkan untuk kesihatan, daun betik antara ulam yang membantu kawal paras gula dalam badan

Biar betul? Hanya guna ‘baking soda’ dapat wangikan karpet rumah