“Jangan nak menyund*l kat set” – Nabila huda nak ‘ganyang’ pelakon baru mengada tersuka suami orang

Oleh NADIA HARON

Dulu, terdapat satu kontroversi tentang seorang pelakon yang dituduh melakukan ‘perbuatanlama’ semasa berjauhan daripada isterinya.

Terdapat juga kontroversi apabila gambar Aliff Aziz berjumpa dengan seorang wanita di sebuah kelab di ibu kota mula tersebar.

Namun, kekeliruan itu telah dijelaskan apabila rakan artis, Shahidan Izwan, mendedahkan bahawa mereka hanya sedang bekerja bersama.

"Jangan nak menyund*l kat set" - Nabila huda nak 'ganyang' pelakon baru mengada tersuka suami orang
“Jangan nak menyund*l kat set” – Nabila huda nak ‘ganyang’ pelakon baru mengada tersuka suami orang

Dia kata dah tersuka suami saya – Bella Astillah

Kerana perkara tersebut, baru-baru ini, pelakon Bella Astillah telah memberikan respons tentang hal itu.

Semasa diwawancara, Bella mendedahkan bahawa seorang pelakon baru telah mengaku perasaannya kepada suaminya, Aliff Aziz.

“Dia minta maaf, dia kata dia bodoh dan dah tersuka suami saya, bila kita tengok hari-hari ada missed call dan sebagainya, yang saya rasa tidak perlu.”

Mengambil kira pengalaman Bella yang pernah bergelora disebabkan oleh campur tangan orang lain dalam rumah tangganya sebelum ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa Bella berasa cemas tentang kemungkinan kejadian yang sama berulang lagi.

Walaupun identiti pelakon tersebut tidak dinyatakan, Bella menyatakan bahawa dia mendapat maklumat tentang pelakon baru itu dari rakan artis selepas mengetahui nombor yang menghubungi suaminya.

“Bella risau kejadian lama berulang kembali, saya tak tahu tu nombor siapa, bila saya dapatkan nombor daripada seseorang, rakan artis, saya tengok nombor dia sama, so it’s her, saya cukup marah.”

Menurut Bella, dia pernah berlakon bersama Zamarul Hisham yang merupakan suami orang dan tidak pernah berkomunikasi dengan dia.

Jadi, Bella memberi pesanan kepada pelakon tersebut bahawa jika ada peluang untuk berlakon lagi, tidak menjadi masalah jika dia ingin berpasangan dengan pelakon lain selagi dia masih bujang.

“Tapi Alhamdullah Aliff, dia cakap kalau awak tak busy dan kalau awak tak ada practice, boleh datang set dah.”

Nak jadi pelakon ke p*lacur? – Nabila Huda

Kerana video temu bual Bella telah disebarkan di pelbagai platform media, seorang pelakon veteran, Nabila Huda memberikan teguran kepada pelakon tersebut melalui ruangan komen di Instagram.

Nabila mengutarakan kebimbangan tentang integriti pelakon baru tersebut dan menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh individu tersebut boleh merosakkan kerjaya seorang pelakon.

“Tak boleh nak kawal nafsu dan focus bukan untuk berlakon tapi nak meny*ndal kat set. Tolong lahhh..Buang lah sikap nak jatuh cinta kat set ke, ter suka ke, terlanjur ke..please lah!”

Nabila juga memberi amaran kepada pelakon itu supaya memberi tumpuan kepada tugas mereka semasa di lokasi penggambaran dan tidak terlalu melayan keseronokan.

Baca :

‘Port’ baik untuk OOTD raya di sekitar Lembah Klang bagi anak perantau yang tak pulang ke kampung

Awas jika terkena sengatan obor-obor, boleh cuci guna air suam suhu 40 darjah Celsius

“Habis barang customer aku” – Monyet itu tiada maaf ya! Wanita menangis monyet liar rompak ‘parcel’ pelanggan