Jangan salah guna! Ini beza dan fungsi 4 jenis tepung beras

Oleh NADIA HARON

Dalam artikel ini, terdapat 4 jenis tepung beras yang memiliki ‘fungsi’ yang berbeza.

Jangan silap guna, nanti kuih tak jadi!

Untuk pengetahuan kalian, terdapat banyak jenis tepung beras di pasaran dan setiap jenis memiliki kegunaannya tersendiri sesuai dengan jenis makanan yang ingin dibuat.

Jangan salah guna! Ini beza dan fungsi 4 jenis tepung beras
Jangan salah guna! Ini beza dan fungsi 4 jenis tepung beras

Mungkin banyak yang tak sedar, ada 3 jenis tepung beras yang mempunyai lambang gajah dan satu jenis lagi mempunyai lambang teratai.

Jika salah gunakan tepung untuk membuat kuih atau masakan lain, hasilnya tidak akan memuaskan.

Mari kita ketahui perbezaan antara keempat jenis tepung beras ini dan apa kegunaannya.

Ikuti perkongsian di bawah sehingga habis.

Ini perbezaan 4 jenis tepung beras yang wajib korang tahu!

1. Tepung beras cap 1 gajah

Sangat bagus untuk menggoreng seperti untuk membuat adunan untuk goreng pisang, ubi keledek, ubi keladi, nangka, adunan gorengan ikan, goreng mamak, goreng berempah.

Tepung ini sangat rangup dan juga sesuai untuk membuat rempeyek dan tumpi kacang hijau atau dal.

2. Tepung beras cap 3 gajah

Sangat sesuai digunakan untuk membuat kuih-kuih tradisional seperti kuih koci, apam beras eno, dan pelbagai jenis kuih lain.

Tepung ini akan menjadikan kuih-kuih itu lembut dan berkilat.

3. Tepung beras cap 5 gajah

Tepung beras cap gajah 5 ini bagus digunakan untuk membuat mee laksa dan berbagai jenis mee kerana teksturnya lebih pekat.

4. Tepung beras cap teratai

Tepung beras jenama teratai ni memang sesuai sangat untuk buat rempeyek dan apam.
Kalau guna nak buat apam, rasanya kurang sedap sikit.

Tapi kalau nak buat rempeyek atau tumpi, memang hasilnya rangup gila!

Baca :

Tidur pun dapat jadi duta, untunglah jadi ‘Cetel’

Tak rasa berselera tengok dia review, ‘influencer’ ini sebenarnya memang pempengaruh tarik bermacam reaksi

Susahnya cari susu untuk anak baru lahir, hanya dapat sedikit saja dalam picagari