Jimat poket! Jom DIY sendiri pembersih karpet di rumah

Oleh AHMAD BADRUL

Permaidani dalam rumah mungkin akan kotor kerana selalu dipijak, dan ini boleh menyebabkan debu terkumpul dan menjadikan anda mudah sakit.

Selain daripada menghantar permaidani untuk dibasuh di kedai, anda juga boleh mencuba DIY membersih karpet sendiri seperti yang dikongsikan di bawah ini.

Cara-cara ini menggunakan bahan-bahan yang sudah ada di rumah dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar.

Jimat poket! Jom DIY sendiri pembersih karpet di rumah
Jimat poket! Jom DIY sendiri pembersih karpet di rumah

Mari cuba!

Cara DIY membersih karpet di rumah supaya kekal wangi dan bersih!

1. Karpet jenis sintetik

Pembersih karpet jenis sintetik, anda boleh guna bahan-bahan ini:

• ½ gelen cuka putih
• ½ gelen air

– Di dalam baldi besar, anda boleh campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.

– Semburkan sedikit cecair ke atas karpet kemudian mula cuci.

2. Karpet jenis berwarna cerah

Anda memiliki karpet berwarna cerah? Anda boleh cuba pembersih DIY di bawah ini.
Mudah sahaja!

Bahan-bahannya:

• 1 sudu besar sabun pencuci pinggan
• 1 ½ liter air panas
• 5 titis minyak pati pilihan anda

– Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk kecil.

– Kacau sehingga sebati, kemudian terus tuang ke atas karpet.

– Cuci sehingga bersih dan bilas.

– Biarkan betul-betul kering sebelum digunakan.

3. DIY semburan karpet

Sekiranya anda mempunyai haiwan peliharaan di rumah, ia akan membuatkan karpet lebih cepat busuk dan kotor.

Jadi, bagi mengelakkan perkara ini terjadi, anda boleh cuba semburan DIY ini untuk karpet anda bebas dari sebarang kotoran.

Bahan-bahannya:

• 1 cawan cuka suling putih
• 2 cawan air suam
• 2 sudu teh garam
• 15 titis essential oil

– Mula-mula masukkan semua bahan ke dalam botol semburan dan goncang sehingga sebati.

– Kemudian, boleh sembur ke atas karpet untuk kekal wangi dan bersih.

4. DIY semburan hilangkan bau

Karpet yang sudah lama ada di rumah sudah tentu akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Jadi, anda boleh cuba buat sendiri semburan untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan itu.

Bahan-bahannya:

• 2 cawan cuka putih
• 2 cawan air suam
• 4 sudu besar baking soda

– Campurkan semua bahan-bahan dan masukkan ke dalam botol semburan.

– Sembur kawasan dengan larutan DIY itu dan biarkan selama lima minit.

– Gosok perlahan-lahan dan lap cecair dengan kain lembut.

– Biarkan sehingga karpet kering.

Mudah sahajakan?

Pasti karpet anda di rumah akan kekal wangi dan bersih.

Selamat mencuba semua!

Baca :

Mee basah kuah berkilat wajib ikut tips ini, paling penting jangan lupa letak satu bahan ‘rahsia’

Jual berkali ganda mahal minta artis buat review, ramai masih mudah tertipu dengan ‘produk sampah’

Senangnya buat pizza roti tanpa ‘oven’, sesuai jadi bekal anak – anak