Jimat ruang! Cara semai biji sawi dalam bekas kulit telur ayam

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Orang selalu berkata, tidak ada rugi jika kita berbakti kepada tanah.

Selain menyihatkan badan dengan berkebun, hasil tanaman akan membantu menjimatkan belanjaan dapur.

Menanam sayur-sayuran kecil tidaklah terlalu sukar. Kosnya juga murah jika menggunakan bahan yang sudah ada.

Jimat ruang! Cara semai biji sawi dalam bekas kulit telur ayam
Jimat ruang! Cara semai biji sawi dalam bekas kulit telur ayam

Contohnya, anda boleh memilih sayur-sayuran mudah diurus seperti sawi. Bekas tanamannya pun boleh menggunakan cengkerang telur ayam.

Berikut adalah cara menanam sawi dalam cengkerang telur ayam.

Tunggu sebentar, menggunakan cangkerang telur ayam? Bagaimana itu boleh? Bolehkah kita gunakannya untuk membuat tapak semai?

Hari ini, saya akan berkongsi tip berguna yang dikongsikan oleh Hadijah Abu Bakar di laman Facebook Kumpulan Berkebun Di Rumah.

Perkongsian yang mendapat 1.8 ribu ‘likes’ itu dapat membantu orang ramai untuk menanam pokok sawi dengan cara yang mudah dan menjimatkan.

Langkah-langkah untuk menyemai benih pokok sawi

Berdasarkan perkongsian Puan Hadijah, sekurang-kurangnya ada tiga perkara yang anda perlukan iaitu biji benih sawi, tanah hitam dan juga cengkerang telur ayam.

Cengkerang telur ayam ini pula, anda perlu berhati-hati sejak awal kerana perlu dipecahkan pada bahagian panjangnya, bukan di bahagian tengah seperti biasa.

Selain itu, ia juga perlu dibersihkan dengan teliti sehingga tiada bau telur supaya tidak menarik perhatian haiwan perosak.

Kemudian, anda juga perlu membuat satu lubang kecil di bahagian lain cengkerang telur.

Seterusnya, isi cengkerang telur dengan tanah dan letakkan biji benih di dalamnya.

Dari gambar-gambar yang telah dikongsikan, setiap cengkerang perlu diisi sekurang-kurangnya tiga biji benih sawi.

Selepas itu, yang perlu anda lakukan hanyalah menjaga tanaman secara berkala, mengikut saiz tapak semaian berdasarkan cengkerang telur ayam.

Seperti yang dinyatakan oleh Puan Hadijah dalam ruang komen, pokok sawi yang telah disemai sudah boleh dipindahkan ke tapak tanaman dalam masa dua minggu.

Pokok sawi yang telah ditanam dari biji juga boleh dipindahkan setelah tumbuh daun keempat atau kelima.

Walau bagaimanapun, Puan Hadijah memberitahu bahawa dia memilih untuk menanam pokok sawi yang ditanam dari biji dalam bekas polisterin, bukan di atas tanah terbuka.

Untuk memindahkan pokok sawi ini, terdapat beberapa cara.

Anda hanya perlu memecahkan cengkerang telur dengan berhati-hati dan menanam seperti biasa.

Maklumat ini berkongsi manfaat kepada pengguna Facebook yang lain.

Kebanyakan komen di perkongsian Hadijah mengucapkan terima kasih atas perkongsian ilmu tersebut.

Semoga berguna untuk yang ingin mencubanya.

Baca :

Hartawan Robert Kuok beli Seletar Mall di Singapura pada harga RM1.93 bilion

Tutup kilang selepas 50 tahun bertapak di Shah Alam, ini fakta Goodyear yang ramai mungkin baru tahu

Puasa sebenarnya baik untuk kesihatan ‘otak kedua’, doktor ini kongsi 12 panduan patut amal sepanjang Ramadan