Jin peludah juga jilat pinggan mangkuk, ustazah ini kongsi cara mahu tahu kedai makan guna pelaris

Oleh ISMAIL YAHYA

Pelaris kadang-kadang menjadi cara mudah bagi segelintir pengusaha kedai makan yang mahu keuntungan yang cepat.

Mereka sanggup membelakangkan larangan agama sehingga tidak peduli amalan tersebut memberi kemudaratan kepada pengguna.

Ikuti perkongsian Ustazah Nazirah Abd Rahim yang dimuat naik di akaun Facebook ini:

Jin peludah juga jilat pinggan mangkuk, ustazah ini kongsi cara mahu tahu kedai makan guna pelaris
Jin peludah juga jilat pinggan mangkuk, ustazah ini kongsi cara mahu tahu kedai makan guna pelaris

Ustazah nak makan di kedai. Kedai bukan sebarang-sebarang kedai boleh masuk. Suami akan tanya, “Kedai ni tak ok sayang,”

Jika tak ok ustazah akan jawab “Kita pergi kedai lain,”. Perawat dijaga Allah amalannya semua sudut.

Hati-hati masuk kedai makan. Amalan-amalan khurafat banyak diamalkan.

Bila kita makan, makanan tu ada ‘najis’ pelaris yang digunakan dari amalan syirik jin.

Mata kasar kita tak nampak. Pelbagai makhluk buruk di atas meja (nauzubillah) meletakkan ‘najis pelaris’. Allahuakbar.

Antara tanda-tandanya:

1) Makhluk di dalam gambar ini dipanggil sebagai jin peludah kerana sebelum makanan disajikan kepada pelanggan, ia meludahkan sesuatu ke atasnya.

Ini bertujuan agar pelanggan merasa ketagih untuk kembali ke kedai tersebut.

2) Tidak hanya itu, terkadang jin peludah juga menjilat pinggan mangkuk yang digunakan pelanggan.

Proses ini dikatakan memberikan tambahan perasa kepada makanan yang hendak disajikan.

3) Pelanggan yang memakan makanan tersebut akan mengalami kesakitan dan kekurangan kesihatan selepas itu. Gejala-gejala yang berbeza mungkin berlaku, seperti muntah-muntah, demam, dan kesakitan yang berpanjangan.

4) Kanak-kanak juga akan menjadi lebih degil dan susah diurus.

5) Oleh itu, hati-hati. Prinsip asasnya, hati orang beriman tidak akan tertarik untuk makan di kedai-kedai yang melibatkan perkara-perkara khurafat.

Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

Maknanya: “Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan ‘tiwalah’ itu adalah syirik.”

[Riwayat Imam Ahmad (3,615), Abu Daud (3,883) & Ibnu Majah (3,550)]

Imam al-Munawi berkata:

“Menggunakan tangkal dianggap syirik kerana bererti seseorang itu meyakini ia dapat memberi pengaruh (ta’thir) dan ini boleh membawa syirik kepada Allah.”

Al-Tibi pula berkata:

“Maksud syirik pada hadis di atas adalah apabila seseorang meyakini bahawa ia (jampi, tangkal dan tiwalah) mempunyai kekuatan dan mampu memberi kesan (dalam mempengaruhi/mengubah sesuatu) dan perkara tersebut adalah jelas bertentangan dengan tawakkal kepada Allah.

(Lihat Faidh al-Qadir, 6/121).

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Uqbah bin ‘Amir, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَلاَ أَتَمَّ اللَّهُ لَهُ وَمَنْ عَلَّقَ وَدَعَةً فَلاَ وَدَعَ اللَّهُ لَهُ

Maknanya: “Siapa yang menggantungkan tangkal, nescaya Allah SWT tidak akan selamatkannya daripada tangkal itu. Dan siapa yang memakai azimat, nescaya Allah SWT tidak sempurnakan azimat itu.”

[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (20,090), Al-Hakim dalam al-Mustadrak (7,501) dan Ibn Hibban (6,096)]

Justeru, kita sebagai pelanggan hendaklah sentiasa berhati-hati dalam memilih kedai makan dan memohon perlindungan Allah SWT daripada masuk ke kedai yang memakai pelaris khurafat.

Minta bantuan jin untuk lariskan kedai tu dah satu hal, ada juga yang hantar ‘makhluk halus’ untuk jatuh perniagaan orang lain pula.

Baca :

Sayang kena bertempat, 8 pesanan mak dalam bab mengemas rumah buat akak ni tersentap

Angin punca jadi slow, jom DIY sendiri paip air di rumah

“Cuma aktifkan bila perlu” – Individu kongsi tips yang boleh menjimatkan elektrik di rumah