Jual berkali ganda mahal minta artis buat review, ramai masih mudah tertipu dengan ‘produk sampah’

Oleh ADINDA

Masih ramai dalam masyarakat kita mudah tertipu dengan ‘produk sampah’ walaupun barangan itu dijual berkali ganda lebih mahal.

Hanya kerana minta artis buat review, mereka yang berniaga atas kepalsuan dan penipuan ini ada yang mengaut banyak jualan.

Padahal, ada yang ‘kantoi’ ayat dalam iklan pun nampak sangatlah tak belajar Biologi tapi claim jual ‘produk kesihatan’.

Jual berkali ganda mahal minta artis buat review, ramai masih mudah tertipu dengan 'produk sampah'
Jual berkali ganda mahal minta artis buat review, ramai masih mudah tertipu dengan ‘produk sampah’

Ikuti tulisan dan peringatan daripada guru sains, Al Mumin Al Kanta ini agar anak-anak hari ini dapat diajar agar tidak membesar menjadi penipu.

Beliau menyeru orang ramai hentikanlah menghulurkan duit kepada mereka yang tidak jujur dan menipu dalam perniagaan:

Manusia sekarang yang sakit sangat ramai. Makanya tidak hairan jika iklan ubat dan suplimen memenuhi ruang iklan Facebook dan Youtube.

Para penjual ubat ini selalunya bukan ada kepakaran pun. Muka macam gigolo pun jual magnesium sirtat dalam talian.

Tengok gambar ini. Ini iklan nak lebatkan rambut dan katanya bahan aktifnya ialah osmosis. Nampak sangatlah tak belajar Biologi. Ini diajar dalam Biologi Tingkatan 4 Bab 3.

Osmosis ialah proses pergerakan air merentas membran separa telap. Air mineral dan air mesin kebanyakannya diproses dengan kaedah RO atau “reverse osmosis”.

Osmosis itu proses dan bukan bahan kimia. Bahan aktif adalah bahan kimia contoh parasetamol dalam panadol.

Bukan setakat maklumat palsu, harga pun kadang-kadang dipalsukan.

Sebagai contoh, aku beli Magnesium glisinat dulu di iHerb US baru RM63.

Peniaga yang paling Melayu Muslim ni jual sampai RM120. Padahal, dia tiada kilang buat suplimen pun.

Dia beli secara pukal dari luar negara, baru dia botolkan dan “claim” itu produk dia. Takkah ini kerja menipu?

Aku pernah jumpa spesies begini. Dia sendiri kata produknya produk sampah tapi dapat jualan jutaan ringgit.

Minyak wangi dia beli RM9, dia jual RM100 dengan minta artis buat “review”. Laku keras.

Kita kalau bab memboikot Yahudi bukan main. Tapi bila orang kita dah lebih kejam dari Yahudi, kita ok sahaja.

Baca :

Dapat sambutan hangat rakyat Malaysia tapi tetap diremehkan pembangkang, ini cerita sebenar Skim Perubatan MADANI (SPM)

Penyakit ‘mesra’ wanita ini biasanya kena pada obes, tapi ini 4 pekerjaan tambah risiko hidap sakit sendi

Lembik lutut kalau terserempak depan-depan, tak tau nak lari ke nak pengsan’ – Ramai terkejut lihat saiz ‘King Cobra’ ini