Kabel dasar laut rosak, ganggu trafik internet Asia

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Suarikat telekomunikasi dari Hong Kong, HGC Global Communications, mengumumkan bahawa kabel yang dimiliki oleh empat rangkaian telekomunikasi utama telah “dipotong”, menyebabkan gangguan dalam rangkaian komunikasi di Asia Barat.

Kerosakan pada kabel tersebut berlaku di dasar laut Merah, yang mengakibatkan gangguan dalam rangkaian telekomunikasi.

Untuk pengetahuan anda, kerosakan pada rangkaian dasar laut ini boleh menyebabkan gangguan internet yang meluas, serupa dengan kejadian selepas gempa bumi tahun 2006 di Taiwan.

Kabel dasar laut rosak, ganggu trafik internet Asia
Kabel dasar laut rosak, ganggu trafik internet Asia

Oleh itu, pembekal perkhidmatan perlu menukar laluan bagi kira-kira satu perempat trafik antara Asia, Asia Barat, dan Eropah, termasuk juga trafik internet.

Kesan daripada kerosakan ini boleh menyebabkan 25 peratus daripada trafik antara Asia dan Eropah serta Asia Barat terjejas.

Baca :

Gara – gara marah, lelaki ini bentang sejadah di tengah jalan raya & doa agar polis ‘diazab’

Tahan lama & tak mudah kecut, ini teknik betul simpan cili padi

Shakilla Khoriri raih pujian apabila masih melayan baik pemuda yang langgar keretanya hingga ‘rompong’