‘Kalau penat jangan kerja!’ Bengang dengan layanan yang diterima, wanita sekolahkan staf terminal seksyen 17

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Penumpang yang telah membayar tiket bas biasanya tidak menuntut layanan istimewa daripada pekerja di terminal bas mahupun pemandu bas.

Namun, entah mengapa, segelintir daripada mereka menunjukkan layanan buruk tanpa menghiraukan perasaan penumpang. Inilah yang dialami oleh dua orang gadis ini.

Saya tanya baik-baik “Ini bas pergi mana?”… Tiba-tiba ditengking.

Menerusi rakaman yang tular di TikTok, ketika itu mereka berdua sedang menunggu ketibaan bas di Terminal Bas Shah Alam (Terminal 17) dalam keadaan tenang

Mereka bertanya secara baik kepada penjaga kaunter tiket mengenai sebuah bas yang baru tiba di situ untuk memastikan destinasi sebenar bas tersebut.

'Kalau penat jangan kerja!' Bengang dengan layanan yang diterima, wanita sekolahkan staf terminal seksyen 17

Namun, secara tiba-tiba, mereka berdua ditengking dalam kawasan terminal yang penuh dengan orang awam.

@nanardttolong la eh staff terminal 17 shah alam memang problem ke😇 tiap minggu balik tiap minggu kena tengking

♬ original sound – ‘nad🎧 *ੈ✩‧


Tidak berpuas hati dengan layanan buruk tersebut, salah seorang daripada mereka tampil melawan sikap biadab yang ditunjukkan oleh pekerja lanjut usia itu.

Setelah ditengking semula, barulah pekerja tersebut berkomunikasi dengan baik sambil cuba dileraikan oleh beberapa individu lain.

Melihat kepada ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan gadis tersebut yang berani menegur sikap biadap yang ditunjukkan oleh staf itu.

Mereka juga mendedahkan bahawa mereka pernah menerima layanan buruk yang sama daripada individu yang sama.

BACA: Kena sidai 2 jam! Rupanya lelaki ini punca operasi KTMB alami kelewatan 120 minit