“kalau tidak ke Malaysia, aku tidak..” – Pelancong asing dedah sisi ‘buruk’ Malaysia

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Sebelum ini, orang Malaysia selalu bercerita tentang pengalaman tidak menyenangkan mereka ketika melancong ke Jakarta, Indonesia.

Namun sekarang, giliran para pelancong dari Indonesia untuk berkongsi pengalaman yang sama.

Melalui akaun TikTok @adisetiabudi26, seorang yang dipercayai dari Indonesia telah memuat naik gambar-gambar semasa melancong di Malaysia.

"kalau tidak ke Malaysia, aku tidak.." - Pelancong asing dedah sisi 'buruk' Malaysia
“kalau tidak ke Malaysia, aku tidak..” – Pelancong asing dedah sisi ‘buruk’ Malaysia

Dalam video bertajuk ‘Kalau tidak ke Malaysia, aku tidak akan tahu sisi buruknya’, dia menceritakan beberapa perkara yang dilihatnya semasa melancong di Malaysia.

Antara perkara-perkara tersebut ialah:

1. Banggunan Melaka Sentral kelihatan usang dan tiada apa-apa perubahan.

2. Di Melaka ramai orang Cina dan Melayu tenggelam.

3. Malaysia banyak tempat judi.

4. Di Kuala Lumpur, tidak terasa seperti di Malaysia kerana kebanyakannya warga asing dari Bangladesh.

5. Makanan Malaysia kebanyakan berkari, cepat mual.

6. Perkhidmatan awam, terutamanya LRT kelihatan usang dan berbau.

Pada akhir perkongsiannya, orang itu membuat kesimpulan bahawa lebih baik bercuti di Vietnam atau Thailand berbanding Malaysia kerana percutiannya lebih baik di sana.

Perkongsian ini nampak seperti balas dendam selepas seorang wanita Malaysia berkongsi pengalaman buruknya bercuti di Jakarta yang menurutnya ‘overrated’.

Kebanyakan penduduk Indonesia berasa marah dan mengutuk individu tersebut kerana tidak menerima perkongsian wanita tersebut.

Namun, sesetengah penduduk Indonesia menganggap perkongsian yang dibuat oleh rakan internet mereka sendiri itu bersifat rasis.

Ada juga yang merasakan bahawa penduduk Indonesia tidak mahu menerima hakikat bahawa Kuala Lumpur lebih baik daripada Jakarta.

Baca :

Tutup kilang selepas 50 tahun bertapak di Shah Alam, ini fakta Goodyear yang ramai mungkin baru tahu

‘Port’ baik untuk OOTD raya di sekitar Lembah Klang bagi anak perantau yang tak pulang ke kampung

Nak siang ikan cencaru ada tekniknya, baru senang nak masak & makan