Kali ini bukan Mira View Chin buat hal, suami Miera Lieyana pula tak balik rumah bini pertama sejak kahwin

Oleh GEMILANGDAILY

Kali ini bukan Mira View Chin buat hal, suami Miera Lieyana pula tak balik rumah bini pertama sejak kahwin

Madu kepada pelakon, Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib memaklumkan bahawa dia tetap mahu mempertahankan rumah tangga bersama suami, Rosland Othman.

Isteri pertama itu berkata dia yakin bahawa dia berada di pihak yang benar dan berharap rumah tangganya dapat diselamatkan walaupun hubungan mereka sudah dilanda masalah sejak tahun 2021.

Kali ini bukan Mira View Chin buat hal, suami Miera Lieyana pula tak balik rumah bini pertama sejak kahwin

Saya yakin saya tak bersalah. Jadi sebab tu saya tak nak bercerai. Talak memang terletak di tangan suami tapi saya harap rumah tangga saya dapat diselamatkan.

Dalam pada itu, Adibah memaklumkan suaminya juga sudah lama tidak pulang ke rumah selepas berkahwin dengan madunya, Miera pada Julai 2020 lalu.

Bukan itu sahaja, dia juga meluahkan rasa sedih apabila suaminya langsung tidak berbincang mengenai masalah rumah tangga mereka sehingga perlu melibatkan pihak mahkamah.

Saya pun tak tahu dia failkan cerai. Memang sedih lepas 28 tahun kahwin akhirnya jadi macam ni.

Malah, Adibah berkata suaminya turut mengambil anak keempat mereka, Nur Anisa tanpa pengetahuan dan kini tinggal bersama suami.

Dia ambil anak dari sekolah dan sejak tu, anak kami terus tinggan dengan dia. Dia masih berstatus suami saya jadi saya tak ada masalah untuk dia jaga anak.

Bagaimanapun, dia berharap suaminya akan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan baik kepada anak-anak mereka.

BACA: 

“Mental meera sangat penat, Meera cuba untuk bangkit balik”, Meera View Chin buat comeback undang reaksi netizen

Rupanya dulu penjawat awam dapat ‘Elaun Khas Debu’? Elaun apa tu sebenarnya buat ramai nak tahu

Kalau orang biasa dah berkecai bila jatuh ke tanah, ini kisah pramugari jatuh dari kapal terbang tapi tak mati