Kandungan asid dalam lemon dapat bantu bersihkan segenap ruang dapur rumah

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui manfaat lemon untuk mencuci barang di dapur.

Mari mencubanya di rumah anda.

1) Matikan bakteria pada papan pemotong

Kandungan asid dalam lemon dapat bantu bersihkan segenap ruang dapur rumah
Kandungan asid dalam lemon dapat bantu bersihkan segenap ruang dapur rumah

Papan pemotong adalah perkakas yang biasa digunakan untuk memotong sayur, menyiang ikan, dan lain-lain.

Untuk memastikan papan pemotong itu benar-benar bersih dan bebas daripada kuman, anda boleh menggunakan cara berikut:

• Potong setengah biji limau nipis dan taburkan sedikit garam kasar di atasnya.

• Kemudian gosokkan limau nipis bersama garam sehingga papan pemotong itu benar-benar bersih.

• Biarkan selama 15 minit supaya air limau nipis dapat menyerap dengan baik sebelum membilasnya dengan air bersih.

2) Membersihkan Microwave

Kesihatan ketuhar gelombang mikro sangat penting, jadi jangan lupa untuk membersihkannya.

Cara yang mudah, potong beberapa hirisan limau nipis, masukkan ke dalam bekas berisi air, dan panaskan kedua-dua bahan itu di dalam ketuhar gelombang mikro selama dua minit.

Ini akan menghilangkan bau busuk dan membuatkan ia lebih mudah dibersihkan dengan hanya menggunakan kain bersih.

3) Menbersihkan Pisau

Potong beberapa potongan lemon dan masukkan ke dalam bekas berisi air.

Rendam pisau selama 20 minit, gosok dengan span lembut, dan bilas dengan air bersih.

Pisau yang terlihat kusam mungkin tidak cocok jika sering dibasuh dengan sabun.

Manfaat lemon:

• Lemon berfungsi sebagai pembersih yang sangat baik, sama seperti cuka.

• Aroma sitrus dari lemon memberikan kesegaran dan efek energetik pada kita.

• Asid dalam lemon memiliki sifat antibakteria, antiseptik, dan dapat mencerahkan kulit secara alami.

• Minyak yang terdapat pada lemon dapat membersihkan kotoran berminyak dan memberikan kilauan.

(Ini kerana konsepnya minyak akan menarik kotoran berminyak).

Semoga perkongsian ini dapat memberikan faedah kepada semua orang.

Baca :

Ingatkan Bung Mokhtar masa muda, bila baca cerita baru tahu silap orang rupanya

Kerap berkongsi gambar dedah aurat, reaksi bekas pelajar tahfiz ini mengejutkan*

‘Macam sakit hati je tengok video ni’ – Rupanya pakcik bergurau kasar tu memang saling ‘membahan’