Kaya dengan nutrisi penting, popcorn mampu beri manfaat kepada tubuh badan

Oleh NADIA HARON

Makan bertih jagung atau popcorn memang sedap dimakan, terutamanya semasa menonton filem, tetapi tahukah kamu bahawa ia juga ada banyak manfaat untuk kesihatan?

Popcorn adalah salah satu snek yang penuh dengan nutrisi penting yang badan kita perlukan.

Namun, sayangnya, popcorn seringkali disajikan dengan gula, garam, dan caramel dalam jumlah yang banyak, membuatkannya menjadi snek yang tidak sihat.

Kaya dengan nutrisi penting, popcorn mampu beri manfaat kepada tubuh badan
Kaya dengan nutrisi penting, popcorn mampu beri manfaat kepada tubuh badan

Banyak penyelidikan telah menghubungkan pengambilan bijirin dengan kesihatan yang baik, seperti mengurangkan keradangan dan menurunkan risiko penyakit jantung!

Dalam setiap 100 gram popcorn yang tidak dicampur dengan apa-apa bahan lain, ia mengandungi vitamin B1, B3, dan B6.

Ia juga kaya dengan zat besi, magnesium, fosforus, kalium, zink, dan mangan.

Untuk mendapatkan manfaat yang baik dari popcorn, sebaiknya elakkan popcorn yang telah dicampur dengan bahan atau perisa tambahan.

Popcorn juga mengandungi serat sebanyak 15 gram dalam setiap 100 gramnya.

Polifenol adalah sejenis antioksidan yang membantu melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Healthline melaporkan bahawa kajian yang dilakukan oleh Universiti Scranton menunjukkan bahawa popcorn mengandungi banyak polifenol.

Popcorn adalah komponen yang baik untuk melancarkan peredaran darah, meningkatkan kesihatan pencernaan, dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit termasuk kanser.

Popcorn juga adalah sumber serat yang tinggi, dan beberapa kajian menunjukkan bahawa serat ini dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, dan diabetes jenis 2.

Serat juga membantu dalam usaha menurunkan berat badan dan adalah baik dimasukkan ke dalam diet kerana popcorn mempunyai kalori dan kepadatan tenaga yang rendah.

Baca :

Cara ambil ukuran baju supaya tak salah pilih jika nak beli ‘online’

Kalau risau BMI ‘meletup’, cuba nilai gelojoh tak masa makan, rupanya ini 5 kesan buruk akibat jadi pelahap

Individu ini kongsi pelbagai petua & ‘skill’ masak di dapur, barulah ‘power’